100% KEYAKINAN SI ANWAR

Nampaknya langkah Anwar dah lebih speedo berbanding sebelumnya. Yalah semangat selepas si katak lajim dan bumburing join. Diikuti majiol tak sedar diri tu. 

Tapi mungkin Anwar tak mampu membaca:

Rakyat Sabah mungkin sudah mengetahui langkah seekor 'katak' yang namanya Lajim Ukim keluar BN, tetapi tidak bagi rakyat di Semenanjung dan Sarawak. Sehingga Anwar al-Juburi sendiri dalam ucapannya di hadapan kira-kira 300 orang penyokong tegar Pakatan Pembangkang di Sarawak berasa 'terkejut' dengan keputusan Lajim dan Wilfred Bumburing yang mengumumkan keluar BN.

Ramai di kalangan rakyat termasuk di Sarawak percaya bahawa kedua-dua bekas pemimpin UMNO-BN itu menyertai PKR. Namun, hakikatnya kedua-dua mereka itu sebenarnya telah menubuhkan dan menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS) sebuah parti baru yang diasaskan Wilfred Bumburing. Alasan yang diberikan terhadap penubuhan parti itu ialah kegagalan sistem penyampaian BN di Sabah. 

Atas kesudian Lajim dan Wilfred Bumburing berkrompomi dengan Pakatan Pembangkang di Sabah hanya menjelang PRU-13 menyebabkan Anwar al-Juburi begitu yakin bahawa Sabah bukan lagi deposit tetap BN dan sekarang ini sudah menular ke Sarawak. Atas alasan itu, Anwar al-Juburi telah datang ke Sarawak tidak sampai dua (2) bulan dalam menyampaikan ceramahnya di Satok atas tema Merdeka Rakyat.

Difahamkan selepas mengadakan ceramah di Sarawak, Anwar al-Juburi beserta rombongannya yang juga disertai Sheikh Kadir Fadzil dan Lajim Ukim akan mengadakan lawatannya ke Sabah bagi membawa angin perubahan yang telah dicetuskan Lajim dan Wilfred Bumburing.

Pada malam itu, Anwar al-Juburi yang lengkap berbaju Melayu dan bersamping seperti biasa menampakkan kewarakkan dalam menyampaikan ceramahnya. Ketika masyarakat Islam sedang bersembahyang terawih di surau dan masjid, pemimpin Pakatan Pembangkang termasuk Anwar al-Juburi pula menyampaikan ceramahnya yang bermula jam 8.00 sehingga 11.00 malam. Pada ketika itu, kesesakan di Satok sangat luar biasa bukan kerana Ceramah Merdeka Rakyat di Satok, tetapi disebabkan kemeriahan penduduk Kuching membeli-belah menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Malah, lebih memburukkan keadaan, ceramahyang diadakan di kawasan awam di Satok itu telah menyebabkan kesesakkan jalan raya dan mengambil banyak kawasan tempat letak kereta. Ada di kalangan rakyat yang tujuannya datang ke Satok untuk membeli-belah, tetapi tersangkut di jalan raya akibat tindakan penganjur menggunakan kawasan awam. Ini menyebabkan rakyat marah kepada penganjur kerana tidak menghormati bulan Ramadhan dan ini bukan musim pilihan raya.

Hakikatnya, Pakatan Pembangkang tidak menghormati bulan Ramadhan ini seharusnya mereka menggunakan waktu ini untuk bertaubat kepada Allah swt. 

Kredit by: Wira Kenyalang

Ps: lagak konon dapat sambutan di sarawak tu sudah semestinya strategi si anwar. Gak kat alam maya konon Sarawak support dia. Mana yang tertipu, punya beraya sakan. 

Lagu untuk king of drama:
Pakai baju kancinglah pendusta
Pakai mari papa nak ke neraka
Biar nampak ramai sebenarnya nak beraya
Lakonan nafsu nak bertakhta di putrajaya
!











Comments

Popular Posts