
Isu 
BANK PECAH AMANAH
 begitu hangat waktu ini yang mana memberikan satu tamparan besar buat 
pihak bank untuk menyakinkan kembali para pelanggannya. Isu ini berpunca
 daripada Rafizi ramli dari PKR yang berkerjasama dengan seornag Pekerja
 Public Bank yang mana telah bersubahat mendedahkan maklumat pelanggan 
Public Bank iaitu NFCorp yang dimiliki oleh Dato Seri Salleh.
Undang
 undang BAFIA menjelaskan akan kesalahan yang dilakukan pekerja bank 
tersebut yang bersubahat bersama Rafizi Ramli PKR. Satu bukti kukuh 
bahawa penjualan maklumat pelanggan telah berlaku yang menjuuruskan 
bahawa pihak PKR telah membayar pekerja Bank tersebut untuk mendedahkan 
maklumat Dato Seri Salleh.
Orang ramai yang merupakan penyimpan 
kepada bank bank yang ada di Malaysia menganggap kesalahan yang 
dilakukan oleh rafizi Ramli PKR dan pekerja Bank tersebut adalah satu 
kesalahan yang serius yang mana hukuman mesti dikenakan kepada mereka 
berdua.
Adalah
 satu ketakutan kepaa pengguna bank jika maklumat akaun kita begitu 
mudah untuk didedahkan kepada pihak lain. Malah apabila pendedahan akaun
 berlaku adalah tidas mustahil untuk wang yang ada didalam simpanan kita
 curi begitu mudah sepertimana yang kita dengar berlaku.
Pihak 
PKR begitu komited dalam mempertahankan Rafizi Ramli dari PKR atas 
kesalahan mendedahkan maklumat pelanggan Bank bersama sama pekerja Bank 
Public Bank. Mereka mempertahankan tindakan Rafizi Ramli atas alasan 
demi kesedaran rakyat yang pada pandangan Gomo adalah satu sandiwara 
bagi menutup kesalahan utama iaitu mendedahkan maklumat sulit pelanggan.
PENJENAYAH
Adakah
 kita sebagai pengguna bank mahu manusia seperti Rafizi Ramli dan 
pekerja Bank tersebut bercambah? Apakah kita mahu kejadian seumpama ini 
berlaku lagi dan memungkin kan kita pula menjadi mangsa seterusnya?
Inilah yang kita perlu sedar bahawa maklumat kita yang cukup terperinci berada dipihak bank. Dan menjadi musibat jika pihak bank
 GAGAL
 menjaga kerahsian akaun keewangan kita sehingga menyebarkan ianya bocor
 kepada pihak pihak lain yang boleh menggugat kita sendiri.
Rakyat
 Malaysia tidak perlu bersimpati dengan nasib Rafizi Ramli dan pekerja 
Bank tersebut sebaliknya kita mesti mendesak agar tindakan tegas 
dikenakan keatas mereka agar menjadi pengajaran buat mereka yang lain 
agar tahu apa itu undang undang.
i.) melanggar Akta Institusi  
Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) apabila mengedarkan dokumen akaun 
bank yang sepatutnya rahsia kepada media 7 Mac lalu.
ii.) 
Sabit kesalahan jadual Empat Seksyen 103 BAFIA kerana melanggar seksyen 
97 (1) (3) (Hukumannya) adalah penjara 3 tahun dan denda RM 3juta.
iii.)
 Bank yang membocorkan rahsia patut di siasat kerana melanggar BAFIA 
kerana mengeluarkan maklumat sulit pelanggan tanpa kebenaran. Maklumat 
yang dicetak adalah maklumat cetakan dalaman bank untuk penilaian kredit
 dan baki bank bukannya penyata biasa yang dihantar kepada pelanggan 
yang boleh dimuat turun atau diakses oleh orang ramai.

Fikir Fikirkan....
 
 
Comments
Post a Comment