KATA ABG AMBO. DULU ABBY ABADI KUMINATI KINI DAH MUAL



::Pewaris Anak Bangsa::


RBF bukannya seorang peminat televisyen, melainkan untuk menonton berita sahaja. Bukan sahaja tidak meminati televisyen , saya juga tidak meminati apa-apa cerita. Ada masanya ketika melepak dengan kawan-kawan bila melihat kawan-kawan terutamanya Gomo dan Parpukari berbual tentang sesebuah cerita atau wayang, RBF hanya mampu ternganga mendengarnya kerana tidak tahu apa-apa. 
Sekali-sekala adalah juga menonton wayang kerana memenuhi kehendak anak-anak. Itu pun mungkin 2-3 kali sahaja dalam masa setahun.
Bagaimanapun dulu ada sebuah drama yang cukup-cukup saya minat dan sentiasa mengikutinya setiap minggu di kaca tv. Dramanya adalah drama Gerak Khas dan saya cukup teruja melihat lakonan Inspektor Aliza yang dilakonkan oleh Abby Abadi. 
Bukan sahaja minat melihat lakonan Abby malah saya juga suka melihat pasangan Abby Abadi dan Norman Hakim yang kelihatan cukup bahagia. Masih ingat lagi bagaimana Abby cerita ketika dia hendak bersalin salah seorang anak mereka , suaminya dalam keadaan cemas memandu ke hospital dan kemudiannya tidak sempat sampai di hospital, Abby bersalin dalam kereta.
Kemudian tanpa disangka-sangka rumah tangga mereka retak dan tidak lama selepas itu mereka bercerai kali pertama. Selepas itu rujuk semula....


Kemudian belaku krisis lagi....Norman pula ditangkap kerana berdua-duaan dengan seorang lagi pelakon. Ada seorang kenalan dalam bidang berkenaan menceritakan kepada saya bahawa perangai Abby yang teruk menjadi punca Norman buat hal. Berlaku pula peristiwa Abby serang Norman ketika Norman sedang menjalani rakaman drama Gerak Khas. Sampai menangis Lokman di tempat itu....

Diringkaskan cerita, RBF adalah salah seorang peminat Abby Abadi.....
Semenjak Abby mula bergelumang dengan Pas, tidak pernah sekali pun blog ini menulis mengenai dia. 

Kenapa tiba-tiba hari ini RBF hendak menulis tentang Abby masuk Pas?
Semuanya kerana satu video yang ditunjukkan oleh seorang kawan dua hari lepas. Selepas melihat video itu barulah saya sedar bodohnya saya selama ini kerana meminati seorang pelakon yang tak cerdik....
Tapi bodohnya saya tidaklah tak cerdik seperti Abby kerana memilih Pas untuk mendalami islam. 
Tak cerdiknya Abby sampaikan parti dengan agama pun dia tak kenal....
Lihat video VIDEO DI  ATAS dan perhatikan pada minit-minit yang dicatatkan....

Sedikit selingan....Minit 1.06- Lihat bagaimana Husam Musa tidak menghormati Nik Aziz selaku MB. Ketika Nik Aziz masih lagi berdiri dia telah pun duduk.....
Minit 2.44- Abby kata dia bimbang pemimpin-pemimpin tertinggi dalam parti tak sempat lihat dia jadi ahli Pas.

Kiranya kini Abby ini adalah ahli emas Pas kerana ramai pemimpin-pemimpin tertinggi tunggu dia masuk Pas. Calon pilihanraya dah tentu sah....
Yang dibawah ini adalah kenyataan yang paling tidak cerdik yang dibuat Abby dan disinilah terserlah ketidakcerdikannya....
Minit 2.55 - Abby kata nanti disana bila disoal dan saya takut nama saya tiada dalam senarai. 

Melihat kepada tutur katanya itu disana itu dirujukkan kepada di akhirat....
Bagaimana dengan sahabat-sahabat Rasullullah SAW yang dah meninggal dan tak sempat isi borang Pas ?
 
Bila dah tua baru nak belajar asas agama. Dulu waktu sekolah sibuk nak jadi artis. Sebab itu sekarang ini dia senang kena tipu dengan Pas. Sampaikan agama dengan parti pun dah tak kenal.
Minggu lepas juga ada satu isu berkenaan dengan penamatan dia sebagai duta sebuah syarikat penjual tudung.
Syarikat berkenaan belum lagi menamatkan secara rasmi tugasnya sebagai duta tudung.....tapi dia dah canang di twitter dia ditamatkan tugas kerana masuk Pas. 
Itulah ilmu pertama yang dia dapat agaknya apabila dia secara rasmi masuk Pas. Ilmu berbohong dan memfitnah ???
Boleh lihat penjelasan syarikat berkenaan di sini
Dalam dia sedang syok nak mengajar islam ala Pas kepada orang ramai, tiba-tiba dia sendiri yang buka aibnya minggu lepas apabila dia merelakan dirinya dipeluk oleh bekas suaminya dan gambar itu tersebar. Dia beri alasan dipeluk secara spontan dan dalam keadaan berlapik (pakai kain sembahyang) . 
Habis tu Papa Gomo pun boleh peluk kau hari ini disaat kau pakai baju dan dia pakai baju, kerana ianya berlapik. 
Bagaimana pula dengan orang yang bukan muhrim melakukan hubungan seks dengan memakai kondom ? Bukankah itu pun berlapik ? Boleh ? 
Nasihat aku kepada Abby, kalau dah insaf lakukanlah sebanyak mungkin ibadat yang sepatutnya bagi menebus dosa silam. Bukannya dengan masuk Pas segala dosa silam akan gugur dengan sendirinya. Perbetulkan dulu bacaan Fatihah kamu sebelum nak mengajar orang ramai.

Kini baru ku faham mengapa Norman Hakim cari lain...... 
 
sumber: RBF Online blog
 
pu3 doh lamo dengar fiil abby ni. hijrah dan sebelum hijrah.. mulut dia tak berubah. sombong tetap angkuh dengan pendapat sendiri.. kata omak pu3. Degil bebenor!

Comments

Popular Posts