MUNGKIN CADANGAN INI SESUAI UNTUK KREDIBILITI SPRM
PEWARIS ANAK BANGSA
Kematian Teo Beng Hock menjadi titik persoalan dalam pemeikiran pu3. Kenapa seorang yang mempunyai pendidikan tinggi merangkap setiausaha sulit yang biasa menerima tekanan boleh melakukan tindakan tersebut. Heheh jawapan nakal pu3 kerana kurang Iman . hmm dia bukan Muslimpun so erti iman tu adaker dlam pegangannya? Saja... jangan marah
Kemudian kematian Timbalan Pengarah Kastam pula . alahai ini kes apa pula. Bunuh diri jugakah ? dia seorang Muslim. Takkan dia setakat datang ke bangunan SPRM dan terus bunuh diri. Untuk apa? Kalau nak bunuh diri, kenapa memilih kawasan tersebut. Baik cari tempat yang lebih menjamin perjalanan bunuh diri lebih l;ancar ( nakal lagi.. jangan marah) Takkan nak mati balas dendam pula? Tapi bagaiman pula kalau kematiannya yang tragis itu bukan berpunca kehendaknya melainkan dorongan pihak ketiga?
Saja pu3 bangkitkan dua kes ini untuk kita renungi apa yang bakal pu3 katakan selepas ini. Cadangan sebenarnya. Jujur pu3 katakan, idea ini berlaku kerana pu3 pernah lalui disoalsiat sebagai saksi atas aduan manusia tak berguna hendak menjatuhkan orang lain. Nasib plak, pu3 boleh terlibat dalam usahanya hendak menjatuhkan individu tersebut. Bulan puasa pula tu, nasib takler diheret ke pejabat SPRM , masa itu masih memegang nama BPR..
Cadangan pu3 untuk kebaikan SPRM juga, krebiliti mereka sedikit tercalar rentetan kedua kes ini. Untuk itu berikut adalah pandangan pu3:
1. Ubah suai bilik siasatan dalam bangunan SPRM kerana kawasan dinding berkaca tetapi kalis suara keluar untuk memastikan tiada berlaku situasi diluar kuasa pegawai yang menyiasat.- kos walau semasa pembinaan agak mahal tetapi tidaklah menghadapi pembaikan selalu seperti CCTV yang kekdang akan mengalami masalah teknikal.
2. Saksi atau tertuduh yang dibawa ke pejabar SPRM, perlu membawa serta seorang saksi mata, bukan saksi telinga untuk memantau sepanjang perjalanan sesi soal siasat melalui dinding kaca. Jika dibebaskan atau selesi penyiasatan, saksi tersebut harus menandatangani dokumen bahawa saksi atau tertuduh telah diserahkan kepadanya. –SPRM akan terlepas dari sebarang pertuduhan jika berlaku insiden selepas sesi soalsiasat selesai.
3. Penyiasatan hanya dilakukan dalam tempoh bekerja sahaja. 8 pagi -5 petang. Untuk jaminan pegawai SPRM terlepas pertuduhan melakukan sesuatu yang mendatangkan musibah kepada saksi ataupun tertuduh. - tugas mereka hanya menyiasat pertuduhan melibatkan jenayah rasuha bukannya kan membabitkan masalah ancaman keselamatan. Berbeza dengan anggota keselamatan seperti PDRM dan tentera.
cadangan yang paling mudah ini, walupun ada yang membacanya akan tergelak sakan, pu3 tak kisah. Tetapi ini adalah pandngan pu3 yang serba ringkas. Kekadang tindakan yang ringkas lebih mudah menjaga kredibiliti berbanding yang kononnya more canggih.
Comments
Post a Comment