BENARKAH DIRI TERANIAYA??????

PEWARIS ANAK BANGSA

Dah lebih 24 jam berlalu, dh cecah 34 jam sebenarnya, sahabat pu3 masih sepi selepas pu3 tawarkan untuk membantu sahabatnya yang dikatakan dianiaya oleh pihak yang cuba mengaut popularitinya. Pu3 mulanya membaca mesej yang kirim kepada pu3, terbit rasa simpari. Kuatir juga jika tindakan rakan yang sebelum ini sebenarnya salah dan telah mendatangkan aib pada individu yang tidak melakukannya.
gambar hiasan tp pegangan pu3 ya
Jika benar dia teraniaya. Pu3 terpanggil hendak membantunya. Sebab pu3 merasa bertanggungjawa atas apa yang berlaku. Tetapi dalam masa sama pu3 kena juga berhati2 dalam tindakan pu3 kerana risikonya sangat tinggi. Pu3 berkehendak berada di pihak yang benar, jangan sehingga semua batu dilempar ke kepala pu3 pula kerana salah membela orang.

Susah sangatkah untuk pu3 kemukakan soalan untuk daptkan pembuktian bahawa dia benar2 tidak bersalah dan teraniaya? Jangan kata pu3 tak bertanggungjawab. Jika benar dia hendak bersihkan namanya, dia juga kena berusaha membersihkannya. Bukan pu3 tawarkan bantuan meminta bayaranpun. Selama ini pun perjuangan pu3 tak berlandaskan upah sebab sememangnya tak berbayarpun.

p/s: pu3 tahu mesti rakan pu3 membaca tulisan ini. Tawaran pu3 masih terbuka. Jika dia dipihak benar, hantarkan mesej pernyataan yang dia bersedia menjawab semua soalan yang pu3 kemukakan sebagai pra syarat bahan pembuktian jika dia berkehendak membersihkan nama. Tetapi jika dia berdolak dalih, jangan sehingga pu3 juga merasa dia sengaja nak mengenakan pu3., Buat masa ini, pu3 tidak akan katakan siapa individu tersebut dan siapa rakan pu3.

Comments

Popular Posts