JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN JIKA ANDA ANTARA TERTANGKAP

PEWARIS ANAK BANGSA
Pesta sembur Air. hmm... pesta ini  ada kat Malaysiakah? ish.. pu3 tgok
ini kaedah nak meredahkan kemarahan kucing Pu3 ketika bergaduh dengan
kucing lain. Sirammmmmm! meowwwww! mereka ini manusia kucing kot!
dari Akta HASUTAN, ke AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI. ini pu3 akui Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969. adalah langkah terakhir terpaksa dilakukan. Ia bukan bermaksud kerajaan sekarang sangat zalim dan kejam. Pu3pun mohon sangat, rakan berfikirlah, betulkan ini perjuang menegak keadilan. ketidakadilan yang bagaimana? Pu3 dok fikir berulang2 selepas membaca tuntutan BERSIH ini, perkara ini langsung tak seharusnya diakhiri dengan kaedah ganas seperti ini. Kalau ditangkap "SIAPA YANG MALU. MEREKA DAN KELUARGA MEREKA"  fikirkan. pada pengamatan pu3, HIMPUNAN BERSIH hanya sebagai benteng untuk menutup mata orang sejenak dari isu yang sebenar. KING OF DRAMA.

Baca petikan ini ya.:
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tindakan polis menahan beberapa individu di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 kerana dipercayai terlibat dalam anasir subversif merupakan langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada perkara lebih serius berlaku, kata perdana menteri.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan itu bertujuan bagi memastikan keamanan dan ketenteraman negara dikekalkan.
"Ini sebagai langkah preventif, pencegahan lebih baik daripada berubat, apa-apa polis buat ini sebagai satu langkah pencegahan daripada sesuatu yang lebih serius berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan enam individu termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar mengikut Ordinan Darurat yang pertama kali digunakan terhadap penyokong perhimpunan 9 Julai ini.
Najib berkata beliau yakin polis memahami segala implikasi dalam mengambil sebarang tindakan terhadap penyokong perhimpunan itu.

"Ada sebahagian daripada rakyat yang mahukan kita (kerajaan) bertindak dengan menggunakan apa juga kuasa yang ada pada kita tetapi saya percaya pihak polis memahami segala implikasi kalau mereka nak mengambil apa-apa tindakan, yang penting sesuatu tindakan itu mendapat sokongan daripada rakyat," katanya.

Beliau berkata penganjuran perhimpunan itu mengundang pelbagai eksploitasi oleh pihak-pihak tertentu.

"Ada beberapa elemen bila ada demonstrasi seperti ini, ada orang nak tumpang semangkuk jadi mungkin ada mereka yang berfahaman komunis, ada mereka yang merupakan kaki pengacau, mungkin ada mereka yang suka berhimpun sebab suka pada keadaan yang liar dan keadaan yang boleh menaikkan semangat mereka dan sebagainya," katanya.

Perdana menteri berkata kumpulan itu juga cuba menggambarkan kerajaan bersifat autokrasi dan kuku besi serta tidak liberal kerana menolak perbuatan yang mereka ingin lakukan.

"Mereka akan menggunakan media antarabangsa untuk menggambarkan secara negatif kerajaan Malaysia... kalau sekiranya mereka boleh buat provokasi pada kita sehinggakan kita terpaksa menggunakan sesuatu yang mereka boleh gambarkan sebagai menggunakan kezaliman terhadap mereka.

"Kebebasan untuk berkumpul ada syarat-syarat sebab kita mesti jaga keamanan dan ketenteraman awam. Kalau kita buat terlalu bebas nanti negara kita ini akan menjurus pada keadaan yang huru-hara dan tidak menentu yang tidak menguntungkan sesiapa sama sekali," katanya - Bernama
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Pu3 harap janganlah yang ditangkap ini antara terlibat ini saudara mara, sahabat handai pu3. memalukan sungguh. Rakan Puteri. plss jangan sertai DEMONTRASI JALANAN

Comments

Popular Posts