HIMPUNAN HARAM DAN KESANNYA

PEWARIS ANAK BANGSA

inikah yang menjadi pemandangan yang indah??
Pu3 hormat dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh NGO-NGO dan pejuang bangsa Melayu yang menentang kekejaman DAP di Penang. Pu3 kagum denga keberanian ditunjukkan oleh mereka sehingga berjala mengumpul lebih kurang seribu orang menyerbu ke KOMTAR di mana pusat pentadbiran Kerajaan Penang berada di sana.

Sebenarnya, Pu3 suka .. sangat suka semakin banyak kelemahan ditunjukkan oleh pentadbiran kerajaan Pembangkang dan menerima ras tidakpuasan pengundi yang pernah menyokong mereka sebelum ini. Bak kata orang tua-tua. pengalaman satu pengajaran. Jelas, hasil tindakan mengikut kata hati, mereka sendiri menerima kehidupan yang dirasakan bagaikan berada di luar negeri waluapun negeri itu adalah bumi kelahiran mereka. Pu3 bukan cerita di Penang sahaj tetapi di mana negeri2 yang dinaungi oleh pembangkang. Pu3 sangat suka mereka merasa bagaimana ditindas dan rasa dizalimi. Tetapi bukan bermakna Pu3 bahagia denganpenderitaan yang mereka tanggung.

Kenapa himpunan perlu dilaksanakan? Perlukah himpunan jalanan dilaksanakan menjawab cabaran Himpunan BERSIH? Apa faedahnya terhadap individu yang terlibat. adakah itu petanda sebagai pejuangan dalam masyarakat, memperjuangkan hak2 mereka yang tertindas.

Contoh Himpunan Haram yang berlaku hari ini di Penang. seribu orang membanjiri Bandar. Pelancong terkejut, sah panik punya. Kedai sekeliling perhimpunan terpaksa ditutup. Sah hasil pendapatan tidak ada pada hari ini. Jalan raya sesak, semua tak mampu bergerak apabila ramai dengan berani mati menyerbu di tengah jalan. Mereka bukan sahaja takut keselamatn mereka malahan keselamatan harta mereka juga. Tak payah kata pu3 berkhayal. tanyalah apa perasaan mereka kala melihat serbuan orang dengan penuh perasaan menuju ke arah kereta mereka!

Rasanya mereka akan memmujikah tindakan liar ini? Adakah peniaga yang terpaksa menutup premis mereka memuji tindakan berani ini. adakah pelancong akan mengkagumi dengan suasana kecoh ini? jawapannya tidak. Mereka pasti merasakan keselamatan mereka terancam dan bergegas ingin meninggalkan kawasan  tersebut dengan seberapa segera. Adakah hal ini akan berhenti setelah mereka meninggalkan kawasan tersebut? Jawapannya tidak. mereka akan menceritakan pengalaman mereka kedapada sahabat mereka. dan sahabat mereka akan sebarkan pula pada kenalan mereka. Akhirnya merebak hampir keseluruahannya tahu. Adakah sebaran itu memuji? Jawapannya tidak perlu tanya, TIDAK.

Jika benar2 tidak suka apa yangmereka alamai, buktikan dengan menzahirkannya ketika mengundi nanti. Jangan mudahmengikut hasutan mereka yang sebelum ini sudah berjayamenghasut pengalaman yang dirasai dijadikan sebagai panduan. Jangan lupa undian menentukan apa yang bakal dialami kelak.

Comments

Popular Posts