BELUM PUASA DAH JAMMED JALAN KE KOTA KINABALU

PEWARIS ANAK BANGSA
demam Ramadhan dah

Biasanya Pu3 akan melakukan tinjauan sebelum bermula bulan Ramadhan, pertengahan bulan Ramadhan dan sehari dua sebelum menjelang Bulan Syawal. Selepas mesyuarat semalam. sudah tetap bahawa pu3 bersama rakan pu3 diamanahkan untuk melakukan tugasan bahagian perhiasan pentas sempena rumah terbuka Bahagian tahun ini. sebelum ini separa hiasan kerana membantu wanita , tetapi kali ini totally atas nama pu3 untuk melakukannya. Keputusan dibuat setelah penilaian yang dilakukan oleh pu3 semasa sambuatan JUARA RAKYAT sebelum ini, perhiasan pentas yang tercantik sepanjangprogram itu dilaksanakan semasa pu3 yang handle tugasan tersebut. Ditambah pula sambutan raya sebelum ini kalau tak silap pu3 2009, pu3 juga yang laksanakannya. permintaan sekali lagi pu3. Alahai... terpana pu3 mendengar... sebab pu3 tgh sesak otak, nak create plak plan hiasnyang mesti dibentangkan semasa mesyuarat sekali lgi beserta  bajet. tema... kuning golden. Bukan kuning BERSIH ya heheheheheh

Apa lagi, pu3 bersama rakn pu3 hari ini memandu sejauh 144KM dr kawasan pu3 ke kota Kinabalu. Pu3 set biasanya sebelum puasa kenderaan akan berkurangan tetapi apa yang pu3 lalui har ini sebaliknya. perjalanan sehala yang kebiasaannya pu3 hanya habiskan 1 jam 35 minit hingga 2 jam tetapi hari ini mencecah 2 jam lebih. kerana terpaksa mengkori kenderaan yang beriringan sepanjang perjalanan.  Belum sampai ke pusat bandar Lagi!  terbayang di otak pu3, sempatkah pu3 survey DoorGift untuk tahun ini dan peralatan hiasan... bergerak jam 9 pagi pu3 sampai 11.50 pagi. Dah stress memandu.

Berbalik cerita.. kalau dikatakan masyarakat mengalami keperitan rentetan kenaikan barang, apa yang pu3 lalui hari ini, langsung tak menampkakkan kepayahan membeli. Dari Centre Point, wisma merdeka hinggalah KK Suria. penuh dengan pembeli. Metrojaya di KK Suria. hari biasa, lengang je .. boleh lagi pu3 merelaxkan diri kat sofa berdekatan eskelator, tetapi hari ini, kaum lelaki semua memenuhinya. Produk dan jenama yang dijual di metrojaya,, jangan kata tak eksklusif beb! hahahahah..  takat bawa rm200. sehelai blaus je pu3 boleh beli. tetapi hari ini, bakul, metrojaya di aman2 pu3 boleh nampak. sarat tangan mengangkat. Pu3 tak beli apa2 hari ini, sebab pu3 sekadar buat tinjauan untuk membuat pengiraan perbelanjaan. Mampu beli tuuuuuuu!

Pesanan pu3, janganlah keluarkan isu bahawa kerajaan telah membuat dosa besar kepada rakyat sehingga rakyat mengalami masalah ketidakstabilan kewangan. Sebab apa yang pu3 lihat di bandar Kota Kinabalu hari ini adalah sebaliknya. Membeli bela sakan!

Comments

Popular Posts