KENAPA PAS MENOLAK SERTA UMNO - SUMBER RAKAN

PEWARIS ANAK BANGSA
SUMBER DARI RAKAN fb PERLU DIKONGSIKAN. Pu3 mahu rakan baca dan mesti baca tau:

Maklumat yang harus dibaca dan diketahui oleh Cytroo UMNO mengenai kenapa PAS menolak Perpaduan dgn UMNO

Contoh terbaik ialah apabila PAS diterajang keluar dari Barisan Nasional pada 1977. PAS tidak menyalahkan perbuatan mereka serta sikap serakah yang meruntuhkan imej Islam yang mereka sendiri perjuangkan, sebaliknya menyalahkan sepenuhnya kepada UMNO. Walhal kemelut di Kelantan pada waktu itu adalah akibat sengketa dua kumpulan terbesar di dalam PAS iaitu antara kumpulan penyokong Datuk Asri, Presiden PAS dengan kumpulan yang menyokong Datuk Mohamad Nasir, Menteri Besar Kelantan pada waktu itu. Punca perebutan itu ialah, serakah kuasa!

Kekecohan yang timbul serta keadaan kucar-kacir akibat 20,000 orang Kelantan keluar berarak di jalan raya, memaksa kerajaan pusat terpaksa meletakkan Kelantan dalam keadaan darurat dan pentadbiran Kelantan diambilalih oleh MAGERAN, sekaligus menyebabkan PAS dan kumpulan serpihan PAS yang dikenali sebagai BERJASA hilang kuasa.

PAS menerusi Datuk Asri menentang Akta Darurat yang mengakibatkan PAS dikeluarkan dari Barisan Nasional pada Disember 1977.

Sebelum kejadian tersebut, PAS turut menimbulkan beberapa masalah lain, termasuklah menggunakan FELDA dan para peneroka FELDA sebagai tempat mereka untuk menambah pengaruh.

PAS menerusi Nik Abdul Aziz tidak pernah menceritakan tentang kekacauan yang dicetuskan oleh para pemimpin dan pengikut PAS sendiri yang menyebabkan PAS kehilangan tempat di dalam Barisan Nasional dan kehilangan Kelantan akhirnya kepada UMNO. Yang PAS akan selalu ceritakan ialah bagaimana UMNO menikam mereka dari belakang.

Semangat para pengikut PAS pasti akan naik apabila cerita tentang UMNO semakin kalah diceritakan. Sebarang cubaan untuk merapatkan PAS dengan UMNO pasti akan menunjukkan PAS sudah mati akal untuk terus hidup dalam survival politik negara.

Maka selagi Nik Abdul Aziz masih hidup, bermaksud, selagi itulah PAS tidak akan bersenggama dengan UMNO walaupun secara makrifat. Sebabnya, Nik Abdul Aziz akan malu besar jikalau PAS kembali ke dalam Barisan Nasional setelah dia sendiri terlibat dalam kekacauan di Kota Bharu dan perebutan jawatan Menteri Besar Kelantan pada tahun 1977. [oleh berani berubah group]

Membaca penulisan ini, menjawab sedikit sebanyak lagi persoalan pu3 kenapa PAS alahan sangat dengan UMNO. kalau setakat sejarah tak bersefahaman dahulu, sangat kecil penerimaan pu3, untuk menguatkan pandangan kenapa PAS bencikan UMNO. yang ini sememangnya boleh diterima akal pu3 yang tak seberapa ini.. selamat membaca

Comments

Popular Posts