AL FATIHAH? SEKADAR PERKATAAN LAZIM DISEBUT ATAU JELAS TAHU MAKSUDNYA?

PEWARIS ANAK BANGSA

niat sebenar melafazkannya, perlu rujuk kepadanya semula
terpana Pu3 membaca twit seorang pemimpin bukan side pu3pun. dia boleh taip AL-FATIHAH untuk ucapan pemergian seorang pemimpin yang dikhabarkan meninggal. Setakat ini, pu3 masih menjejak kesahihan kedudukan sebenar, adakah benar telah meninggal dunia ataupun masih hidup cuma krtikal. MP Titiwangsa.

Kita ketepikan cerita yang masih terawang-awang ini kerana pu3 bukan berhasrat nak menkajipun cerita yang dikatakan meninggal ini, pu3 ingin mengajak kita bincangkan , bolehkah seorang yang bukan beragama Islam melafazkan kata-kata Al-Fatihah yang lazimnya hanya dilafazkan atau ditaip oleh individu yang berada Islam?

jika seorang bukan Islam melafazkan kalimah assalamualaikum, kita yang tahu dia bukan Muslim tak akan menjawab salamnya seperti kebiasaan kita lafazkan ketika menjawab salam untuk muslim. bagaimana sebutan Al Fatihah? 

Pandangan pu3, dia hanya setakat meniru sahajapun. tak ada maksud untuk menyertai dan memperakui apa yang ditaipnya. dah biasa membaca sebutan tersebut, dan dia sebagai menghormati terus menaipkan perkara yang sama tanpa mengetahui apa yang dilafazkannya. dui.. mesti ada yang pening baca tulisan pu3 kali ini.  Pu3 kurang bersetuju dengan tindakannya ini, kenapa? setakat berbahasa , cukuplah lafazkan ucapan Tahziah. pu3 seperti merasakan sejak akhir-akhir ini, mereka ini menjadikan lafaz khas untuk Islam sebagai bahasa kebiasaan buat mereka walaupun mereka masih belum layak menggunakannya kerana mereka bukan Muslim

p/s: ada sesiap boleh bantu pu3? esok pu3 akan kemukan soalan ini kepada rakan sejabatan pu3.

Comments

Popular Posts