KELAM KABUT, BOLEH JADI PEMERINTAHKAH??? TUKANG SORAK BOLEHLAH

PEWARIS ANAK BANGSA

baru terima panggilan sudah kecoh satu Malaysia
Tengah hari tadi, kecoh satu Malaysia .apabila di twitter, akaun BERSIH 2 telah mengumumkan yang mereka telah menerima panggilan dari Balai Polis dang wangi dan mereka mengatakan bahawa permohonan permit himpunan Bersih yang diadakan di stadium Merdeka telah diluluskan. Pu3 terkejut juga, terus pu3 menghantar sms kepada pegawai Unit khas bertanyakan perkembangan tersebut untuk mendapatkan kepastian. Lebih kurang 15 mint selepas menghantar sms, pegawai tersebut telah menjawab dngan memastikan bahawa tiada kelulusan dikeluarkan untuk himpunan Bersih kerana Bersih merupakan pertubuhan haram.

akhirnya dengan ketebalan kulit, mereka terkantoi dengan mimpi mereka
Setengah  jam  berikutnya  keluarkan kenyataan pula bahawa, sebenarnya panggilan dari Balai Polis Dang wangi itu meminta mereka mengambil surat yang menyatakan bahawa permohonan mereka ditolak. Wah malu besar tu. Dahlah beberapa status Bersih di twitter menggambarkan kemenangan konon  mereka boleh melakukan himpunan Bersih di stadium merdeka.
nampak sangat kedegilan mereka ini
Pu3 bukan berhasrat menceritakan analogi twitter mereka hari ini tetapi pu3 ingin memberikan  pandangan pu3 , apa yang pu3 faham dngan tindakan  mereka yang sangat kelam kabut dan kecoh ini. Perkara yang belum pasti, mereka berani keluarkannya berdasarkan  harapan  dan keinginan mereka. Akhirnya , keputusan adalah sebaliknya. Kenapa, kerana mereka sangat berkeyakinan tinggi bahawa setiap tindak tanduk mereka mendatangkan trauma dan ketakutan yang amat sangat oleh kerajaan sehingga kerajaan harus akur dengan kehendak mereka. Pu3 puji keyakinan tinggi itu tetapi terlalu berkeyakinan membuatkan mereka sombong yang amat sangat. Kalau sombong yang bijak, mungkin mereka tidak akan bertindak seperti yang berlaku  petang  tadi. Ini menampakkan akal mereka lebih rendah kemampuan mengatasi emosi dan nafsu mereka.Alahai kasihannya.
Tindak tanduk mereka ini, bukankah bijak. Dan pu3 menilainya betapa mereka sangat tidak layak memerintah Malaysia .sikap kelam kabut ini sangat bertentangan dengan kelayakan seorang pemimpin harus bijak dalam memastikan tindak tanduk mereka memutuskan satu perkara. Tidak boleh menunjukkan diri terlalu terdesk, apalagi jadi bahan jenaka. Menjerit, mencerca dengan keberanian yang keterlaluan, lebih kepada kelayakan seorang tukang sorak. Hanya menerima arahan untuk memberi semangat kepada pasukan yang disokong. Mereka tidak boleh memberi arahan kecuali untuk kumpulan mereka semata.

Comments

Popular Posts