HIKMAH DISEBALIK BERSIH YANG KOTOR INI.- MEMILIH RAKAN

PEWARIS ANAK BANGSA

Ramai yang naik menyampah apabila sebut je perkataan BERSIH. Bukan kerana trauma mahupun takut dengan pukulan yang mereka wujudkan. Tetapi menyumpah kerana BERSIH sudah ditunjukkan sebagai peristiwa yang paling kotor dalam sejarah moden. Tindakan yang tidak menunjukkan kematang akal fikiran, penuh kelicikan dan keganasan yang sengaja ditimbulkan untuk menarik perhatian dunia dan konon cara itulah sahaja menghentikan pemerintahan kerajaan sekrang. Ikut cara rusuhan di Thailand dan mesir ler tu. Ada juga perasan konon dengan berlakunya himpunan BERSIH itu kerajaan semakin terdesak untuk menyingkirkan mereka2 yang kononnya menjadi pejuang keadilan. Ceh.. sungguh memalukan.

Pu3? Posisi pu3 katakan seperti sebelumnya. Pu3 MEMBANTAH DEMONTRASI JALANAN. Itulah prinsip yang Pu3 pegang. Itulah yang dilaungkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Dan jiwa pu3 sama seperti itu juga. Bukan jadi MAK TURUT ya, sememangnya pu3 sangat tidk menyukai himpunan Haram.

Kali ini, pu3 ingin bercerita, sebelum ini pu3 kata BERSIH mendatangkan musibah kepada mereka yang tidak terlibat. Tetapi untuk pu3 ada baik dan ada buruknya. Sebelum ini, pu3 berkawan dengan siapa sahaja. Termasuk dalam rakan BBM. Rakan FB dan Twitter. Wujudnya Himpunan BERSIH ini, pu3 senang sahaja mengkategorikansiapa kenalan pu3 sebenar, yang pro krajaan dan pro pembangkang. Sangat mudah berbandingkan sebelum ini.  Sebelum ini, terkial-kial pu3 membuat andaian dalam berinteraksi dengan mereka secara online. Mereka ini pro mana, mereka ini pro mana, tetapi kali ini, tak perlu nak buat andaian dah. Nampak je lambang, sah siapa dia. Gaya bahasapun dan berubah. Pu3 bersyukur saat konflik berlaku, pu3 tukar BB phone . so bolehlah pu3 terus tukar pu3 bukan seperti sebelumnya. Hahahahahah “JAHAT’nya pu3 mcm lagu stacy pula. Itulah sebenarnya kebaikan untuk pihak pu3

Untuk orang awam pula, kebaikan yang pu3 nilai, tindakan yang kumpulan BERSIH timbulkan membuka sedikit mata mereka yang tidak tahu apa2 dan pastinya menilai semula sokongan mereka. Tidak tahulah kalau mereka hanya berlakon di hadapan kamera mengatakan mereka sangat tidak menyukai dan benci apa yang berlaku ke atas mereka kerana tindakan kumpulan BERSIH ini, kekadang watak manusia ini akan boleh berubah sekelip mata apabila mereka berhadapan kamera.

p/s: korang kata klu kera melompat-lompat nmpk manusia, boleh tak pu3 letakkan manusia2 yang ikut himpunan bersih itu umpama kera yang terkena lada? Sbb mereka pula merempuh bukan merempuh termasuk pemimpin2 mereka. Yang lain tu anak-anak kera

Comments

Popular Posts