Followers

TOKOH ULAMA : FATHUL BARI WAJAR DILANTIK SEBAGAI AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO

Keterampilan seorang tokoh berlatarbelakangkan agama menjadi pertaruhan sengit di kalangan dua parti yang mewakili masyarakat Islam dan Melayu.

PAS amat sinonim dengan ketokohan yang juga digelar pemimpin Ulama. Sejauh mana UMNO mampu bersaing dalam menampilkan tokoh sebegini?

Dalam hal ini, sudah tiba masanya UMNO memandang serius dalam mengiktiraf Dr. Fathul Bari Mat Jahya sebagai generasi awal ke arah kepimpinan tokoh dari kalangan pendakwah.

Malah pimpinan UMNO harus mengambil pendekatan serius dalam mengangkatnya membarisi kepimpinan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Pemimpin Ulama Muda UMNO ini sangat kritis dalam mengulas isu Ulama dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan pimpinan UMNO.

Prinsip beliau yang mahu menegakkan kebenaran dan hendaklah bertindak di atas prinsip agama menarik minat pelbagai lapisan masyarakat di Negara ini.

Selain itu, beliau merupakan pemimpin pertama mewakili UMNO yang bakal ke depan dalam menjawab kritikan pembangkang terutamanya PAS denga fakta dan hujah yang bernas dan profesional.
 


Dr. Fathul Bari juga amat tegas dalam menegakkan kalimah Allah dengan pendirian yang amat jelas serta tidak mengelirukan.

Beliau pernah membidas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana menghasut bahawa perkataan Allah boleh digunakan oleh bukan Islam.

Beliau juga menyatakan bahawa Lim Guan Eng tidak perlu mengambil isu ini sebagai senjata politik kerana ia akan mengganggu keseluruhan majoriti Islam di negara ini.

Dr. Fathul Bari wajar dilantik membarisi kepimpinan tertinggi UMNO. Ianya merupakan satu anjakan paradigma baharu dalam melahirkan lebih ramai tokoh Islam bagi menyaingi pihak parti lawan di masa akan datang.

Untuk rekod, Dr. Fathul Bari Mat Jahya ialah seorang pendakwah Islam yang aktif mengajar di majlis-majlis pengajian ilmu di dalam dan luar negara.

Beliau merupakan tokoh pertama yang memimpin Ulama Muda UMNO (ILMU).

Sumber: rakyat news

No comments:

Post a Comment