INFO : TIADA PENJAWAT AWAM DIBUANG KERJA KERANA BERPOLITIK : SHAHIDAN

KUALA LUMPUR:  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata setakat ini tiada penjawat awam yang dibuang kerja kerana terlibat dengan kegiatan politik.

Bagaimanapun, katanya, statistik dari tahun 2010 hingga 2013 menunjukkan sembilan orang penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib kerana didapati aktif dalam politik tanpa kebenaran.

"Berdasarkan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993, penjawat awam perlu memohon kebenaran ketua jabatan mereka untuk terlibat dalam kegiatan politik," katanya ketika menjawab soalan Idris Ahmad (PKR-Bukit Gantang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Idris ingin tahu bilangan penjawat awam yang dibuang kerja dan diambil tindakan tatatertib kerana terlibat dalam kegiatan politik. -BERNAMA

Comments

  1. Rakyat Malaysia bernasib baik mempunyai kerajaan yang gentleman. Ada terdapat dinegara jiran pejawat awam tidak dibenarkan terlibat dengan parti pembangkang. Mana mana pejawat awam yang memegang jawatan dlm parti pembangkang akan dibuang kerja. Tapi di Malaysia saya dapati majalah pembangkang dibawak masuk dlm pejabat pemerintah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts