LEBIH BAIK DAMBAKAN YANG REALISTIK

Sampai begitu sekaliker dambaan PAS ke atas DAP terutama Lim Guan Eng. LADY bukan menidakkan jasrat itu. Kalau menjadi realiti Alahamdulillah. Kalau tunggu sampai kucing bertanduk tak kesampaianlah dambaan itu!!!!!

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Afnan Hamimi Taib berharap agar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengucap dua kalimah syahadah satu hari nanti.

Afnan melahirkan hasratnya itu bersesuaian dengan konsep Tahaluf Siyasi antara PAS dan DAP yang disifatkan medan terbaik untuk berdakwah.

"Impian saya satu hari nanti Lim Guan Eng akan mengucap dua kalimah syahadah," katanya ketika menggulung pembentangan laporan tahunan dan kewangan di Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS ke 54 di Dewan Sivik MBPJ

Peliknya. Tidak salah mengharapkan seseorang bukan beragama Islam bakal melafazkan kalimah syahadah. Tetapi kena tengoklah siapa orangnya?

Bagi seseorang yang belum Islam mengucapkannya beserta kepercayaan di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti orang Islam.

Syarat bagi sahnya syahadah adalah:

Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)Mamahami makna kedua-duanya mengikut bahasa yang difahami.Mentaati perintah Allah dengan cara diamalkan Nabi Muhammad saw.Menggunakan perkataan "asyhadu" (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya.Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.Menunaikan Hak Syahadah
Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib baginya menunaikan Hak Kalimah Syahadah. Hak kalimah adalah 'amar maaruf nahi munkar' mengajak kebaikan dan mencegah kemunkaran iaitu untuk disampaikan kepada mereka yang belum mengucapkan kalimah (orang belum Islam) dengan mengajak mereka mengucapkan kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah dan sesama orang Islam diingatkan tentang maksud Kalimah dan diajak taat segala perintah Allah dalam setiap aktiviti sehariannya khususnya dalam Dakwah dan Solat.

Syahadah juga merupakan Rukun Pertama Islam yang diamalkan oleh Nabi Muhammad(saw) dan para sahabat di Mekah sebelum datang perintah atau Rukun Islam kedua iaitu Solat.

Setiap insan yang lahir samada dari azalinya memang beragama Islam secara keseluruhannya (Kaffah), yakni kelahirannya dalam keluarga yang ibu bapanya mengamalkan syariat Islam ataupun bagi mereka yang asalnya datang dari keluarga bukan Islam, lalu memeluk Islam samada keseluruhan ataupun dirinya sendiri, perlu menunaikan hak-hak Islam dengan sempurna serta ia akan dipertanggungjawabkan dalam saksinya itu (syahadah) yang dilafazkan sepanjang tempoh kehidupannya.

a. AL-BAQARAH:208 "Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata".b. AL-MARYAM:87 "Mereka tidak berhak mendapat syafaat, kecuali orang orang yang telah mengadakan perjanjian disisi Tuhan".c. AL-BAQARAH:132 "Dan Ibrahim mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yaakub,"wahai anak-anakku! sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untukmu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim".d. AL-BAQARAH:254 "Wahai orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jualbeli padanya, tidak ada teman, serta tidak ada pertolongan syafaat. Dan orang kafir, mereka itulah orang yang zalim".(lihat pada surah Maryam:87 diatas(b))e. AL-FATH:10 "Bahawasanya orang orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setis kepada Allah.Tangan Allah diatas tangan mereka,maka barangsiapa yang melanggar janjinya itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar".f. AL-MAIDAH:11 "Adapun orang orang yang kafir dan mendustakan ayat ayat kami,mereka itulah penghuni neraka".

Soalan LADY..  dalam posisi apakah PAS dambakan Lim Guan Eng melafaz 2 kalimah syahadah itu? Menjadi sebahagian muslim? Atau sekadar melafazkannya mengikut makhraz tepat untuk menyedapkan hati PAS mendengar?

bukan LADY mendakkan perjuangan berdakwah Islamiah. teapi LADY sangat meragui perjuangan yang dikatakan demi Islam oleh PAS. kenapa? LADY melihat CAKAP-CAKAP PAS hanya sekadar berkata semata. pelaksanaannya TIDAK SEKALI. setakat memenuhi korum agar sentiasa kelihatan. apa lagi DAKWAH PENGISLAMAN Lim Guan Eng.. lagilah LADY sangat meraguinya. Bukan PAS mentarbiah anak Lim Kit siang .. kemungkinan TERBALIK pula hasilnya! Naazubillah...!!!!

Comments

Popular Posts