PRK SG LIMAU: HANYA MANUSIA KEPARAT SAJA LAKUKANNYA INI!


Allahu Akbar!! Apa jadahnya permainan yang dibuat oleh manusia tak berakal baik ni. Apa kes nak buat cara begini?

Menurut sumber Patung itu, yang dipotong kakinya dengan sebelah lagi kakinya ditulis dengan perkataan "KAKI USTAZ" menunjukkan ianya memang ditujukan atau menggambarkan bahawa itu adalah Allahyarham Ustaz Azizan Razak.

Dalam ceramah-ceramah kempen Pakatan Rakyat banyak mengaitkan tentang kenaikan harga gula dan kenyataan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kononnya menghina Allahyarham Ustaz Azizan.


Patung yang digantung itu sebenarnya cuba mengaitkan cerita gula dan cerita Tan Sri Muhyiddin dengan niat yang sangat jahat supaya pengundi di Sungai Limau membenci BN sekaligus mengundi PAS. -Nadi Rakyat blog

Dah tak ada cara lainkah nak memburukkkan lawan dengan membuat gurauan sebegini? Bagi pu3.. gurauan sebegini bukan gurauan lawak spontan! Ianya adalah permainan menghina dan memburukkan pihak yang mungkin disasarkan.

Sedih pula pu3 dengan tindakan sebegini dibuat. Ia seolah-olah mempermainkan Allahyarham Datuk seri Azizan yang sudah diketahui masalah kesihatannya sewaktu hidupnya! Apa dosa Allahyarham Ustaz Azizan kepada mereka orang PAS hingga sanggup mereka berbuat seperti itu?


Kebencian mereka terhadap Allahyarham Ustaz Azizan sejak dulu nampaknya masih tidak terpada dan kini kumpulan dalam PAS yang menentang Ustaz Azizan dulu kembali dengan menggunakan "Kaki Yang DiPotong" akibat kencing manis sebagai senjata untuk menentang dan menjatuhkan Calon BN.

Siapa yang sanggup buat seperti ini? PAS memang sudah amat terdesak hingga sanggup menggunakan taktik yang amat kotor ini supaya BN dikaitkan sebagi dalang dan seterusnya menjadi kambing hitam dalam PRK kali ini.

Sebenarnya tindakan seperti ini adalah tindakan mereka yang mempunyai mentaliti yang sangat kronik rendahnya. Malahan mereka ini memiliki akhlak yang sangat buruk. Dan juga... memiliki tahap IQ yang sangat nazak.!  Andai yang melakukan ini adalah mereka yang berpegang pada kepercayaan Islam. Mereka telah melakukan 2 dosa. Iaitu dosa menghina individu yang telah meninggal dunia. Kedua adalah dosa mengfitnah!


Sesungguhnya niat membuat hasutan adalah sebahagian 3 perkara yang mendapat laknat daripada Allah swt
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)

Yang sahihnya. Tindakan menggantung ' KAKI USTAZ ini bermotif membangkitkan kebencian!

Apa yang bermain dalam fikiran pu3. Nampaknya inilah strategik kotor individu tertentu yang mahukan pengundi membenci pihak yang disasarkan kerana menghina bekas pemimpin mereka! Yang jelas dari sumber diperolehi sebentar tadi... menggantung patung dipotong kaki ini bukan angkara BN kerana......

AWAS-BN tadi buat laporan polis mengenai adanya patung kaki manusia (DS Azizan) digantung sekitar Sg Limau.DS Jamil Khir nafi ia perbuatan BN!!!!

BN tak lakukan perbuatan politik budak-budak sebegini!

Apapun. Pu3 sekadar menasihat dan merayu. Hanya sehari sahaja lagi masa penentu berlakunya tindakan "Berani Hijrah" dilakukan.


#Berani Hijrah
#Undilah BN

Comments

Popular Posts