DOUBLE STANDARD SUNGGUH PAS NI!. dulu lain sekarang dah lain
Aik? Apa citer ni? Dulu bukan main menentang konsert termasuk ROCK! Tapi sekarang bukan main menyokong dan mengadakan pula konsert? Ada udang sebalik mee lah tu!
Dulu PAS adalah yang paling lantang menentang konsert ROCK kerana tidak mencerminkan budaya masyarakat Malaysia .
Budaya rock atau thrash metal yang membawa lagu-lagu keras dilihat agak keterlaluan kepada masyarakat khususnya umat Islam. Budaya apakah yang ingin kita terapkan kepada anak-anak muda dengan lagu-lagu rock yang keras seperti Metallica?
"Apakah nilai dan budaya positif yang ingin dipupuk hasil dari penganjuran konsert ini. Sebaiknya kerajaan prihatin terhadap penganjuran sesuatu konsert itu," katanya dalam satu kenyataan.
LADY melihat matlamat mereka mengadakan konsert ROCK ini untuk menunjukkan bahawa PAS mengamalkan 'keterbukaan' atau lebih tepat 'moden dah'
Apabila konsert ini diketahui dan mendapat kritikan. Mulailah pencacai-pencacai PAS tampil membela. Termasuklah Arbaiyah a.k.a abby abadi. Dengan alasan macam-macamnya.
Bagi LADY... Apapun alasan. PAS kini sedang AKTIF menjilat LUDAH dan KAHAK yang pernah mereka lemparka pada pihak lain terutama UMNO. adakah ini dikatakan TULAH?????????
Kembang kempis hidung DAP bangga kini. Matlamat mereka menyesatkan PAS sudah tercapai. Tak payah beralih pada PKR dah. Memang lama dah sesat. Sejak mula ditubuhkan. Dah ada keruntuhan pun sedang berlaku!!!!
PAS dah menampakkan ciri-ciri kemunafikan mereka. Dulu cakap lain. Sekarang dah lain.
Hayati penterjemaah ayat Al-Quran di bawah ini sebagai penutup pandangan LADY. Semoga kita menjadi hamba Allah yang beriman.
Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.- Al-Baqarah 2:8. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.- Al-Baqarah 2:9. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).- Al-Baqarah 2:10. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".- Al-Baqarah 2:11. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi - Al-Baqarah 2:12. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)- Al-Baqarah 2:13. Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)" - Al-Baqarah 2:14. Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).- Al-Baqarah 2:15
akhir sekali. terimalah lagu dari LADY
dulu lain, sekarang lain.
dulu menentang sekarang dah disokong
dulu lain, sekarang lain
dulu diludah sekarang ditelan
dulu lain.... PAS
PAS Boleh !!! Takbirrr....
ReplyDelete