PRK SG LIMAU: KALAU NAK TUNJUK PRIHATIN PETANI.. BIAR BIJAK TOK GURU!

program Tok Guru Turun bendang???? tingginya paras air dalam bendang! paras lutut dah! ni tabur padi untuk tanamker atau tabur beras bagi ikan makan?????

Ceh ceh ceh! Sebaik sahaja pu3 menerima gambar di atas. Sememangnya tergeleng-geleng pu3. Nampak bebenor mereka ni kemaruk nak tayang kononnya kempen mereka terus ke bendang.! Alamak! Program Tok Guru Turun Bendang pula dah!

Terfikir pula pu3... kenapa kemaruk sangat nak buat pose dalam bendang ini....? Adakah tercabar dengan sambutan penduduk dengan program puteri UMNO baru-baru ini sehingga mereka mengambil keputusan nak tayang juga aktiviti kononnya lebih berfaedah iaitu... menanam padi.! Kononnlah tuuuuuu!


Sebelum itu tahniah pu3 ucapkan kepada pergerakan Puteri UMNO yang berjaya melaksanakan program sukan rakyat tempoh hari.

Sambung cerita... selepas itu, pu3 membaca pula keratan artikel yang disertakan semasa sahabat pu3 kirim kepada pu3. Komen salah seorang penduduk berkenaan cara menabur padi di bendang. Eh? Air kena cetek... tp apabila tengok gambar yang pu3 terima.. banyak juga kandungan air dalam bendang semasa aktiviti menabur padi ini! Ada tak kena ni! Gayapun nampak sangat tak kenanya!

Apa lagi.. pu3 menjejaklah kaedah menanam padi melalui kaedah menabur padi. Ini adalah kaedah yang dicadangkan:


a)Tabur Terus Basah
 Putaran tanah dilakukan dalam keadaan tanah ditenggelami air. Kerja-kerja menabur benih padi dilakukan dalam keadaan tanah yang rata dan lembab (air cap-cap).

 b)Tabur Terus Kering
Kebiasaannya, putaran tanah secara kering dijalankan pada musim pertama penanaman padi. Putaran tanah dilakukan dalam keadaan kering dan kerja-kerja menabur benih padi dilakukan di atas permukaan sawah yang kering. Kaedah ini dapat menjimatkan penggunaan air.

 c)Tabur Terus Dalam Air
 Kerja-kerja menabur benih padi dilakukan di dalam petak sawah yang bertakung air 5 -10 cm. Kaedah ini dapat membantu mengurangkan infestasi padi angin.

Tabur ke dalam air terus... air dalam ukuran ketinggian 5 hingga 10cm. Eh? Sah tak kena! Kalau ditengok secara pintas lalu. Tak payahlah nak pakai peta pengukur membuat andaian kiraan pada paras air.! Tengok paras air betul-betul.

Adakah 10 orang mamat dalam gambar ini spesies kerdil!. Opppsss takkan presiden PAS Rendah bebenor! (Pu3 tak boleh agak ketinggiannya kerana belum pernahpun bertembung dan melihatnya secara 'live'!) Paras air rata-rata hampir mencecah lutut mereka! Pu3 pun mengira kepanjangan kaki pu3 menggunakan kiraan 'jengkal'. Dari bawah ke lutut dalam ukuran 3 'jengkal' ! Dalam 1 jengkal dah lebih dr 5cm pada ukuran 'malas' pu3 nak selongkar pembaris lagi!


Nak tergelak pu3 membaca komen salah seorang ahli PAS dalam gambar artikel dikirim sama.!

Hakikatnya.. memang program Tok Guru Turun Bendang sangat memalukan. Bukan apa! Nampak sangat tak bijak dan bodoh dalam kaedah menabur padi dalam bendang! Paras air yang begitu dalam... siap tunjuk pose tabur padi.. wahhhhhh! Ini macam beri ikan makan je! Sah bebal sangat!

Alahai... agaknya IQ penganjur termasuk tok guru PAS ini tak tinggi! Semangat mengalahi minda bijak. Semangat nak 'tayang' sampai nampak BODOH!

Pendek kata. Bukan nak 'mengata' apa lagi nak mengutuk. Kalau nak jadi pemimpin dipandang. Kenalah buat kajian sebelum melaksanakan. Jangan nampak sangat bodoh bingai! Main terjah sahaja asal orang nampak!

Walau bukan jadi petani padi sekalipun... lakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti sebegini. !


Kepada pengundi DUN Sungai Limau. Masa untuk anda BERHIJRAH.!!!

#Berani Hijrah
#Undilah BN

Comments

Popular Posts