AKO KAYO: LEPAS NI RAMAI NAK JADI ADUN SELANGOR!!!!


Patut tak patut tu, tak terfikir kepala otak LADY . Tapi.. bagi LADY.. nampak sangat terdesaknya kerajaan Selangor memelihara ADUN, EXCO agar tidak 'MELOMPAT' untuk pihak PR lah. Cuma mereka tak dapatlah nak buat pembahagian ADUN PR dan ADUN BN kannnnnn.....

Apapun.. bacalah dulu artikel ditulis oleh blogger yang baru LADY jumpa semasa meninjau-ninjau komen-komen kekawan alam maya berkaitan isu kenaikan gaji ganda-ganda yang diumumkan MB Selangor semalam.

Patut ka gaji MB, Exco, Speaker dan Adun Selangor naik mencanak beratus peratus?

Walaupun  tu memang cukup tinggi kalau nak banding dengan negeri-negeri lain tapi kekayaan dan kejayaan pengurusan ekonomi Selangor memang tak tak terbanding oleh negeri lain.
mStar melaporkan:

Menteri Besar Selangor, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Speaker dan Timbalan Speaker akan menerima kenaikan gaji yang mendadak berkuatkuasa 1 Januari 2014.


Pindaan terhadap undang-undang sedia ada telah dilakukan dan diluluskan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi membenarkan kelulusan kenaikan gaji itu.

Gaji untuk ahli DUN akan naik dari RM6,000 kepada RM11,250, peningkatan sebanyak 87 peratus. - mStar.  Sebelum ni Khalid Ibrahim pernah kena perli dengan Anwar yang kata dia cuma pandai himpun duit tapi tak pandai nak belanja. Kalau sebelum ni Khalid dah tunjukkan cara macamana untuk himpun duit rizab banyak-banyak untuk belanjawan tahun depan aku dok rasa macam Khalid Ibrahim nak tunjukkan macamana cara nak belanja duit rizab tu pulak.

Sebelum ni Sinarharian melaporkan:

Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM1.85 bilion iaitu perbelanjaan terbesar sejarah Selangor dalam Belanjawan Berimbang 2014 bertemakan 'Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat'. - Sinar.FreeMalaysiaToday pula melaporkan:

Bajet yang bertema 'Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat' itu turut melibatkan sejumlah RM430 juta daripada kesuluruhan RM2.7 bilion rizab negeri bagi tujuan pembangunan.

Dalam ucapan penggulungannya itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri mempraktikkan pendekatan 'terlalu korporat' dan ketat dalam urusan kewangan negeri.

"Kerajaan negeri adalah bank milik rakyat, oleh itu kita perlu buktikan kepada rakyat bahawa harta mereka tidak disalahgunakan.

"Amalan bajet berimbang yang diamalkan di Selangor adalah asas bagi menentukan pembangunan negeri ini berterusan," katanya. - FMT.Kalau macam tu punya kukuh kewangan kerajaan negeri Selangor takdak masalah kut takat nak naik gajii  tara tu.

Walaupun kenaikan gaji untuk MB, Exco, Speaker dan Adun Selangor tu memang cukup tinggi kalau nak banding dengan negeri-negeri lain tapi kekayaan dan kejayaan pengurusan ekonomi Selangor memang tak tak terbanding oleh negeri lain.

Lagipun kalau setakat RM11,250 gaji Adun tu pun sebenarnya tak berapa nak cukup untuk depa betul-betul boleh bagi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

Cumanya pada aku, aku lebih suka kalau Selangor tiru macam yang Zambry buat di Perak. Dari menaikkan gaji Adun lebih baik nilai kenaikan tu dibagi atas nama pusat khidmat untuk tampung kos operasi Pusat Khidmat termasuk sewa pejabat, utiliti, gaji kakitangan, peralatan dan mungkin juga sedikit dana untuk aktiviti Pusat Khidmat.

Walaupun selama ni memang Adun yang tanggung 'overhead' Pusat Khidmat dia tapi kalau ada peruntukan khas atas nama Pusat Khidmat, kebajikan kakitangan dan kelancaran operasi Pusat Khidmat akan lebih terjamin.

Apapun, harapan aku dengan kenaikan mencanak ni lepas ni takdak lagi wakil rakyat di Selangor yang terliur tengok balak atau pasir dan segala hasil negeri yang sewaktu dengannya dan yang lebih penting lagi moga-moga takdak wakil rakyat PR Selangor yang 'terpaksa' ambil rasuah pasai nak tampung kos operasi Pusat Khidmat.

Ps: bagaimana pula kelebihan untuk rakyat selangor pula ya? Adakah kenaikan gaji-gaji untuk mereka yang berada di atas menaikkan imej dan semangat Selangor yang merundum dek isu pelbagai? Isu airnya ? Adakah dengan kenaikan gaji ini, wakil rakyatnya semakin rajin turun padang mengongsikan gaji besar mereka. Itu hanya pertanyaan dalam otak LADY sahaja. Yang lebih arif adalah mereka yang dipertanggubgjawabkan. 

Cuma harapan LADY. Jangan dok kata Selangor negeri terkaya di Malaysia. Hanya nak menjaga kebajikan wakil rakyat... habis tahun dah menghadapi masalah habis duit!

Selepas ni.. negeri mana lagi nak tanding pengumuman Selangor ya? Hehehehehhe....

Comments

Popular Posts