PRK SG LIMAU : ADAKAH PAS HANYA DIAJAR BERHAJAT KEMUSNAHAN?

TERDESAK! Kemuncak PAS melakukan strategi busuk mereka!

Tak faham pu3 dengan pembawaan PAS ini. Tak sudah-sudah menunjukkan betapa mereka mempergunakan atas kalimah Islam demi kepentingan dunia politik mereka.

Dah terdesak sangat mereka ini melakukan serangan akhir sebelum hari pengundian. Belum selesai perbuatan kaki ustaz.. risalah pula disebarkan!

Lihat sahaja risalah yang mereka edarkan di kawasan DUN Sungai Limau di atas.

Pu3 tertanya-tanya. Adakah PAS faham maksud BERDOA itu? Apa kata pu3 bagi sedikit ilmu untuk pengetahuan

Doa bermaksud permohonan kepada Allah agar diperkenankan sesuatu hajat yang diminta atau menolak sesuatu musibah yang mungkin akan menimpa diri. Doa hanya boleh dipohon kepada Allah kerana Dialah yang Maha Agung, Maha Mengetahui dan Maha Memperkenankan.

Mengikut istilah syarie, 'doa' bermaksud; Pernyataan dan permohonan kehendak (hajat) kebaikan atau kebajikan duniawi atau ukhrawi seseorang hamba  kepada Allah Taala dan menyerahkan diri kepada kekuasaan (haul) dan kekuatan (quwwah

TUJUAN BERDOA
Tujuan orang mukmin memohon doa kepada Allah SWT adalah untuk:

Mendapatkan rahmat dan rezeki daripada Allah 'Azza wa Jalla.Memastikan permintaan yang dihajati itu mendapat restu dari-Nya.Mendekatkan diri kepada Illahi dengan menginsafibahawa dirinya adalah ciptaan Allah Yang Maha Khaliq.

SYARAT DOA
Syarat-syarat berdoa bagi memastikan permohonannya diterima oleh Allah SWT adalah:
1. Berdoa perlu penuh dengan keyakinan dan harapan. Doa mesti disertai dengan konsentrasi dan hati khusyuk
2. Gunakan bahasa yang mudah dan suara lunak
3. Berasa rendah dan hina diri, serta hadir di hati. 
4. Tidak berdoa untuk perkara maksiat 
5. Tidak berdoa memutuskan silaturahim. 
6. Jangan berdoa untuk perkara-perkara mustahil atau ditegah 
7. Jangan berdoa untuk keburukan diri sendiri atau orang lain.
8. Yakin doa itu didengar dan diperkenankan.
9. Doa hendaklah disertakan dengan kesabaran Tidak gopoh. 
10. Jangan mengharap pengmakbulan
11. Tidak menyalahkan Allah atau orang lain sekiranya doa masih tidak terkabul atau lambat dikabulkan.


Allah memperkenankan doa dalam tiga bentuk:
1. Diperkenankan doa itu ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja yang dihajatkan.
2.   Doanya diperkenankan, tetapi hajat itu disimpandan akan diberikan pada hari akhirat.
3.  Doa diperkenankan, tetapi bukan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan daripada keburukan dan bala bencana.

Rasulullah SAW bersabda: "Tiada seseorang yang berdoa dengan sesuatu doa melainkan dikabulkan baginya, sama ada disegerakan baginya di dunia, dan ada kalanya ditangguhkan baginya di akhirat, dan ada kalanya baginya akan dihapus dosa-dosanya dengan kadar apa yang dia berdoa, selagi dia tidak berdoa dengan sesuatu dosa atau memutus hubungan keluarga atau tergesa-gesa seraya mengatakan: Aku berdoa wahai Tuhanku, maka bagaimana Dikau tidak mengabulkan kepadaku."   (HR Ahmad dan Hakim

Persoalan pu3... kenapa PAS yang mengaku memperjuangkan Islam sentiasa mengaku berdoa serta mengajak orang lain berdoa kemusnahan pihak lain yang tidak pernah sekali-kali menyekutukan Allah dan menghina agama Islam?

Apa yang pu3 tahu. Melakukan doa ini bukan tujuan kemusnahan tetapi kebaikan. Apa yang dilakukan oleh PAS ini afalah perbuatan yang tidak sekalipun dikatakan sebagai perbuatan yang dibenarkan dalam Islam. Fikirkan.....

Sempena hanya beberapa jam sahaja lagi. Pu3 merayu kepada pengundi DUN Sungai Limau melakukan Hijrah demi pembangunan kawasan

Mengundi PAS bukanlah pilihan jaminan memperjuangkan agama Islam. Apa lagi dikatakan sebagai jaminan masuk Syurga. Kerana PAS hanyalah satu parti Politik semata!

#Berani Hijrah
#Undilah BN

Comments

Popular Posts