KORANG PERCAYA KER ANWAR KATA TAK TAHU PASAL KENAIKAN GAJI KERAJAAN SELANGOR?



Boleh percayaker dengan Azmin yang konon tak mahu ambil gaji. Menunding jari konon marah bebenor kat pakcik gagap tu? ?????

Korang boleh percayaker cakap Anwar tak tahu langsung pasal cadangan kenaikan yang diumumkan tu???? Awat penasihat ekonomi selangor tak alert ???? Atau... macam biasalah! King Of Drama buat skrip lagi!

LADY memang tak percaya sungguh. Pendedahan orang kesayangan MB Selangor dah buat Anwar butang mata!

Baca ni....

Elizabeth Wong Sahkan Anwar Tahu Awal Kenaikan Gaji MB

Baru sahaja sehari yang lepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim buat-buat terkejut beruk seperti tidak merestui kenaikan menggila gaji MB Selangor dan anggota pentadbirannya, alih-alih hari ini EXCO Selangor iaitu Elizabeth Wong mendedahkan kenaikan itu sudah dimaklumkan awal lagi kepada pucuk pimpinan tertinggi PKR.

Elizabeth yang juga ADUN PKR Bukit Lanjan menjelaskan segala perincian mengenai kenaikan tersebut sudah pun dibentangkan oleh Khalid Ibrahm dalam Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi PKR pada pada 22 November 2013 yang tentunya turut dihadiri Anwar.

"Dalam mesyuarat 22 November itu, kita mendapati tidak ada bantahan yang diterima oleh ahli-ahli mesyuarat. Bagi saya, (kenaikan itu) agak mengejutkan tapi masih munasabah," itu kata Elizabeth Wong sebagaimana dipetik dari portal berita AntaraPos. -

" Nasional   Wong: Pimpinan PKR setuju tambahan mendadak gaji Exco, Adun


SHAH ALAM: Exco Kerajaan Negeri Elizabeth Wong hari ini mempertikaikan bantahan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kenaikan gaji hampir 400 peratus untuk pemimpin dan ADUN negeri itu.

Beliau mendedahkan bahawa Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi PKR minggu lalu yang memerinci kenaikan imbuhan itu sebelum ia dibentangkan untuk kelulusan sidang DUN Selangor kelmarin.

Beliau berkata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri menyampaikan taklimat itu pada majlis berkenaan.

"Dalam mesyuarat 22 November itu, kita mendapati tidak ada bantahan yang diterima oleh ahli-ahli mesyuarat.

"Bagi saya, (kenaikan itu) agak mengejutkan tapi masih munasabah," kata Wong yang juga Adun Bukit Lanjan kepada wartawan.

Beliau tidak mengupas kenapa Anwar selaku Ketua Umum PKR membantah kenaikan itu di Parlimen semalam, sungguhpun pemimpin tertinggi PKR dimaklumkan mengenainya sebelum ini. 

"Tujuan MB menaikkan gaji sebab kita kena tingkatkan lagi tanggungjawab dan perkhidmatan kita kepada rakyat di negeri ini dan kena pastikan semua program kebajikan dilaksanakan," kata Wong.

Anwar semalam menegaskan Khalid perlu memberikan penjelasan kepada Pakatan Rakyat dan masyarakat umumnya terhadap kenaikan yang begitu besar itu.

DUN Selangor meluluskan kenaikan gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250, anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250.

Imbuhan untuk Speaker DUN naik daripada RM6,109.29 kepada RM22,500, timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Anwar menolak hujah Khalid bahawa kenaikan itu tidaklah tinggi jika dibandingkan dengan imbuhan yang diperolehi oleh anggota Kabinet dan ADUN Sarawak.

Turut membantah kenaikan besar itu adalah timbalan presiden PKR Azmin Ali yang juga pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC).

Azmin berkata Khalid membentangkan usul kenaikan gaji itu di DUN tanpa merujuk kepada BBC dan menyifatkan kadar itu sebagai terlampau tinggi. 

"Jangan bandingkan dengan kenaikan gaji di Sarawak, (kita) perlu melihat kepada kapasiti dan keperluan kita," kata Azmin semalam.

"Kenaikan kali ini bukan kita tolak secara total, kadar kenaikan itu perlu munasabah, tetapi kalau sampai kenaikan kadar sampai naik 300, 400 peratus..saya bukan orang yang perlu mempertahankannya," kata beliau.

Sumber: antarapos.com 29/11/2013

Kenyataan itu jelas bertentangan dengan komen Anwar semalam yang seperti terkejut dan beranggapan kenaikan yang diumumkan terlalu tinggi sambil menolak alasan Khalid yang menjadikan formula 75% daripada kenaikan gaji dan elaun wakil rakyat Sarawak sebagai sandaran untuk mengharuskan kenaikan menggila itu.

Serentak dengan itu juga Anwar mendesak MB Selangor mencari jalan untuk mengkaji semula kenaikan supaya lebih munasabah. Turut sama bersetuju dengan Anwar ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang tidak melepaskan peluang membelasah Khalid dan meminta supaya perlaksanaannya ditangguhkan.

Sekarang selepas membaca penjelasan Elizabeth Wong, maka jelaslah Anwar bukannya tidak tahu perihal kenaikan menggila itu sebaliknya sengaja buat-buat terkejut beruk semata-mata untuk mengelakkan kecaman umum. Dia dah tahu orang ramai sedang marah maka jalan terbaik untuknya tunjukkanlah rasa terkejut dengan harapan tak terpalit sama.

Penjelasan EXCO Selangor itu tentunya amat memalukan Anwar namun  ini bukannya pertama kali Ketua Umum PKR yang terkenal sebagai pemimpin lidah bercabang-cabang ini kantoi. Sebelum ini Anwar telah disahkan menipu dalam isu 40k pengundi Bangladesh, lama sebelum itu dia didapati berdolak-dalik berkenaan isu Yusuf Kalla sebagai pengantaranya dengan PM.

Yang paling popular penipuannya berkaitan mitos 16 September 2008 rekaannya, itu pun kantoi juga tapi tak menghalangnya meneruskan drama penipuan kerana lama sebelum itu Anwar sudah biasa bersandiwara melalui isu keracunan arsenik, patah tulang belakang dan terkehel tengkuk, suntikan darah hiv positif dan banyak lagi.

Itu belum dikira lagi zaman mudanya dulu yang dengan selamban ditipunya orang ramai konon ada yang mati kebuluran di Baling, Kedah. Dari muda bawa ke tua, tak habis-habis menipu dan bersandiwara. Pendek kata walau berpuluh kali kantoi pun masih lagi nak berdrama dan menipu orang ramai.
Tapi yang pelik tu, masih ada yang nak sokong politikus haprak yang pandai bersandiwara dan menipu seperti ini. Masih juga ada yang kemaruk nak angkat haprak seperti ini sebagai PM. Dunia dah terbalik agaknya.

Sumber: mykmu- 29/11/2013


Ps: kenapa nak menjaga sangat exco pula? Takkan kerja mereka 27 jam perday tanpa rehat. Itu nasiblah. Memang mereka nak sangat nak jadi YB kan.

Bukan LADY kata mereka tak layak dinaikkan gaji. Tetapi kenalah dalam kadar munasabah. Nak bandingka  Sarawak.. geografi negeri pun dah jauh berbeza.

Kalau kata kerajaan berkebajikan. Kenapa tak naikkan sekali kadar tinggi kakaitangan kerajaan negeri Selangor. Mereka pun buat kerja juga. Malah lebih banyak berbanding exco negeri.

Paling utama. Lakonan Anwar bin Ibrahim tak boleh percaya langsung. Skrip asyik di recycle berulang. Sengal nak baca ulang-ulang. Pi mai pi mai tang tu juga.

Pesanan LADY pada pemegang amanah. Jangan korang takat glamour sakan. Amanah korang tu dari rakyat. Pada rakyat juga korang kena berbaki. Tak payah jadi pelakon. Dah ramai anak seni di negara kita yang lebih ikhlas dalam berkarya. Jangan korang pula mengotorkannya!

Comments

Popular Posts