KEGANASAN : PERBICARAAN 40 INDIVIDU BERMULA 6 JAN

KOTA KINABALU:  Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan selama 17 hari bermula 6 Jan depan untuk mendengar kes 30 individu yang didakwa terbabit dalam pelbagai kegiatan keganasan di Sabah.


Hakim Stephen Chung menetapkan 6 hingga 10, 15-17, dan 27-30 Jan serta 10 hingga 14 Feb bagi mendengar kes itu di Penjara Sabah yang diisytihar sebagai mahkamah terbuka.


Beliau turut menetapkan 15 Dis ini untuk pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan dokumen dan fakta yang dipersetujui kedua-dua pihak.


Mahkamah pada mulanya menetapkan tempoh 11 hari bermula 17 Sept lepas untuk mendengar kes itu namun menangguhkanya selepas menerima permohonan peguam yang memberitahu mereka memerlukan masa untuk meneliti pelbagai dokumen dan rakaman serta imej satelit berhubung kes berkenaan, yang diterima oleh mereka.


Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata tempoh perbicaraan yang panjang adalah bagi memastikan prosiding berjalan lancar dengan sekurang-kurangnya 50 saksi akan dipanggil.


"Bilangan saksi yang akan dipanggil mungkin bertambah, mungkin kurang. Pada masa yang sama kita juga harus membenarkan pihak pendakwaan menyoal balas dan harus diingat ada 30 saksi," katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes itu.


Antara 30 individu yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan antara 9 Feb dan 10 April ialah tiga penduduk tempatan termasuk seorang wanita, Norhaida Ibnahi, 46, kerana melindungi sekumpulan pengganas manakala Abd Hadi Mawan, 49, dan Abdul Majil Jubin, 41, didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas dan menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong.


Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh 26 lagi rakyat Filipina termasuk melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, menjadi anggota kumpulan pengganas dan melindungi sekumpulan pengganas.- BERNAMA

Comments

Popular Posts