Followers

PRK SG LIMAU: PAS DAH TAK ADA BAHAN AGAKNYA... KESILAPAN TEKNIKAL PUN JADI CERITA!!!!


Mahfuz dah habis bahan agaknya nak mempublisitikan dirinya berbanding calon PAS. Seperti dalam artikel Semut Hitam. Pelik sangat pu3 apabila Mahfuz mengalami masalah untuk mengetahui siapa calon DUN Sg Limau mewakili BN. DR Sohaimi atau Mukriz? Kononnya kerana gambatr MB Kedah sama banyak dengan gambar Calon BN. Alahai itu punya punya pertanyaan korang nak highlightkan?

Betullah kata Semut Hitam dalam tulisannya. Sejak akhir-akhirnya pu3 tertanya-tanya kenapa asyik cerita Mahfuz sahaja yang asyik keluar? Masuk bendang Mahfuz. Cerita GST mahfuz lagi. Pasal cerita gula pun Mahfuz. Takkan calon PAS tak pandai buat kenyataan?


Takkan masyarakat kawasan tak tau nama calon BN dan tak mengenali MB Kedah yang sangat dihormati rakyat Kedah?

Sebenarnya yang konfius ni hanya Mahfuz sahaja. Cuma dia saja nak cover konon orang ramai! Lagi parah.m Mahfuz sentiasa menampilkan dirinya berbandingkan calon PAS DUN sg Limau! Why?

Tapi kenyataan yang 1 lagi ini lebih melucukan....

JERAI: Guru agama, Ustaz Rozali Abdul Hakim, 76, menafikan dakwaan yang disiarkan akhbar Berita Harian yang menyatakan beliau bermimpi Dr Ahmad Sohaimi Lazim menjadi calon Barisan Nasional (BN).

Rozali yang tampil pada sidang media di Markas Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau pagi ini memberitahu hanya terlintas di fikirannya ketika dimaklumkan Sohaimi sebagai calon BN merupakan anak murid beliau dan bukannya bermimpi.

Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar kesal dengan pembohongan yang dilakukan media milik Umno dalam usaha menarik perhatian pengundi.

"Kita kesal dengan politik murahan Umno dalam usaha menarik sokongan pengundi, berita yang menyatakan guru agama bermimpi mengatakan Sohaimi sebagai calon itu satu pembohongan.


"Hari ini Rozali yang merupakan guru kepada calon hadir dengan rela hati menafikan apa yang disiarkan, beliau tak bermimpi tapi hanya terlintas bila dikatakan Sohaimi menjadi calon -rakyat Marhean blog

Alahai Mahfuz.. soal Mimpi dan terlintas pun dah jadi story nak kata pembohongan? Takkan awak tak tau. Kekadang wartawan ni salah tangkap je maksud..

perkataan 'mimpi' dan 'terlintas' bukan isu hebat nak dicanangkan. Dah elok sangat, ustaz Rozali sebagai guru yang pernah menjadi pembimbing dan pendidik calon BN 'terlintas' atau lebih senang nak faham 'terfikir' bahawa anak didiknya bakal jadi calon kelak! Ertinya.. seorang guru sudah boleh meramalkan atau mengandaikan bahawa anak muridnya mempunyai potensi menjadi pemimpin di kawasan!

Pada pandangan pu3. Hal tulisan kesilapan taknikal oleh Berita Harian bukanlah isu besar. Kesilapan sahaja. Bukan pembohongan besar yang nak kata sebagai publisiti politik murahan seperti dikatakan oleh Mahfuz.

Sebenarnya menjadikan isu perkataan 'mimpi' dengan 'terlintas' ini dihebohkan inilah boleh diketegorikan sebagai publisiti murahan kerana Mahfuz dah tak ada bahan nak berkempen menghadapi Kempen BN yang lebih rasional dan relevan!

Dengan hanya berbaki sehari sahaja lagi. Pu3 mengharapkan pengundi DUN Sungai Limau melakukan tindakan dengan menzahirkan tindakan 'BERANI HIJRAH' Dengan mengundi Calon BN sekaligus memberi mandat kepadanya berjuang membangunkan kawasan DUN Sungai Limau.


#BERANI HIJRAH
#UNDILAH BN

No comments:

Post a Comment