MALAYSIA SEDIA KERJASAMA DENGAN LONDON PROMOSI SISTEM KEWANGAN ISLAM

LONDON:  Malaysia sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan London dalam mempromosi sistem kewangan dan perbankan Islam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Najib berkata Malaysia melihat hasrat London mahu menjadi pusat bagi sistem perbankan dan kewangan Islam adalah sesuatu yang realistik untuk dicapai.


Katanya, kedudukan London yang mempunyai hubungan baik dengan negara Islam selain memiliki kepakaran sistem perbankan konvensional membolehkan matlamat itu dicapai.


Perdana Menteri turut menjelaskan kelebihan sistem kewangan Islam yang lebih adil dan mampu mengharungi dunia kewangan yang tidak menentu.


Beliau berkata demikian dalam satu temubual bersama wartawan CNN, Christiane Amanpour yang disiarkan saluran itu awal pagi tadi. - Astro Awani

Comments

Popular Posts