Followers

TAMPARAN PADA PAS SABAH TATKALA MENGGIGIT JARI TAK DIIKHTIRAF

Nahhhh inilah kali dikatakan sesalpun tiada guna. Berabislah kamu mengagungkan konon akan menerima keadilan dalam perjuangan dalam kumpulan mengaku alim warak itu.

LADY sudah agak lama dah ... ahli PAS Sabah hanya pencukup ruang saja bah untuk PAS menemberangkan dirinya merangkap "mengambungkan" (bangga sombong- dialek brunei) diri. Bahawa perjuangan PAS telah meresap di sabah.

Kini padan muka kamurang. Siapa kamu wooo ahli PAS di mata PAS semenanjung???????? Opppsss lupa.. LADY mengulas kenyataan  perwakilan PAS dari Sabah. Bukan LADY yang create story ni ya. Boleh check bah di link ini : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2013%2F11%2F22%2Fmstar_berita%2F20131122164630&sec=mstar_berita

Perwakilan PAS Sabah Kesal Ahli Tidak Diiktiraf
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

 Perwakilan PAS Sabah melahirkan kekecewaan apabila pimpinan dari negeri itu tidak diiktiraf oleh ahli partinya sendiri khususnya berhubung agihan jawatan di peringkat Pusat.

Wakil PAS Cawangan Kalabakan, Mohd Fazli Ahmad berkata, Umno dilihat lebih mengiktiraf ahlinya di seluruh negara khususnya Sabah apabila mempunyai enam orang ahli Majlis Tertinggi dari negeri itu termasuk seorang Naib Presiden.

"Bila pilihan raya selalu cakap Sabah perlu sumbang banyak kerusi, minta kami kerja keras untuk memenangkan negeri ini untuk pastikan kita boleh menang besar.

"Tapi pemimpin kami tidak diiktiraf, tidak diangkat di peringkat Pusat. Wakil kami daripada Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat tidak dipilih oleh perwakilan dari semenanjung," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi perbentangan laporan tahunan dan penyata kewangan di Muktamar PAS Pusat ke-59 di Stadium Melawati di sini, Jumaat.

Ketika berbahas mengenai isu sama, Pengerusi Tetap, Datuk Abu Kassim Abdullah mengarahkannya supaya berhenti berucap kerana melebihi tempoh yang dibenarkan.

Bagaimanapun Mohd Fazli tidak menghiraukan arahan Abu Kassim dengan meminta masa tambahan diberikan kepadanya.

"Saya datang dari jauh, harga tiket kapal terbang mahal. Tapi kami datang juga. Dulu kami datang muktamar kena jual kain," katanya. -MStar

Ps: simpati pula LADY dengan nasib ahli PAS Sabah yang melukut di tepi gantang. Ingatkan PAS sahaja melukut di tepi gantang dalam PR. Patutlah PAS tak pernah sedar suasana itu. Sebab... mereka pun mengamalkan prinsip sama dalam pengurusan dalaman PAS.!!!!!

Terima kasihlah perwakikan PAS Sabah yang mengkagumi pengikhtirafan pada UMNO. Bukan nak mengajak... pandai2lah kamurang menilai siapa yang lebih menghargai perjuangan Sabah! Kalau bukan UMNO sendiri! Malangnya.. kamurang juga asyik menafikannya kan!!!!

Semasa berucap.. perihal perjuangan untuk UMNO Sabah. Tidak pernah pengerusi tetap UMNO mengarahkan speaker dari UMNO Sabah berhenti dalam paksa. Tapi PAS Sabah terpaksa gigit jari dianaktirikan.

Apapun.. LADY hanya mampu bersimpati sahaja. Apa boleh buatkan.. pilihan kamurang jugakan.
Ps: lu fikirlah sendiri .. betulker PAS for All???  Betulkah????

No comments:

Post a Comment