MACAM2 SEKARANG NI

Tahniah pada adik-adik yang memperolehi 5A .  Seramai 42,646 daripada 478,848 calon mendapat A dalam semua subjek Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Seramai 27,681 pelajar bandar dan 17,329 pelajar di luar bandar memperoleh A dalam semua subjek UPSR. Dahsyatkan. Walaupun berlaku penurunan perolehean A, B dan C untuk subjek Bahasa Inggeris.

Apapun. Pagi ini, LADY tersenyum sendiri melihat 1 cerita yang sememangnya menunjukkan betapa teruja ibubapa pelajar meletakkan harapan tunggi pada anak mereka. Sehingga sanggup mengorbankan wang ringgit memenuhi permintaan anak jika mereka memperolehi keputusan yang ditetapkan.

Zaman LADY dulu.. biasalah.. untuk anak perempuan.. si ibu sibuk menelek di cermin kaca kedai emas untuk hadiahkan pada si dara yang dapat keputusan cemerlang UPSR dan si bapa sibuk mengayuh basikal baru si teruna untuk hadiahnya

Peralihan masa, habuan telefon, tablet mengganti imbuhan paling kurang komputer riba. 

Namun berita hari ini. 1 dalam 10 ribu agaknya. Seorg bapa sanggup menyediakan kereta COOPER untuk anak daranya yang berjaya memperolehi 5A. Dahsyat. Agaknya akan datang.. ada pula kapak terbang pula jafi hadiah kot

Apapun. Harapan ibubapa pada anak ni. LADY nak berpesan... lakukan yang sebaiknya. Letakkan harapan anak menjadi manusia yang berguna dan sempurna akhlaknya dan kukuh pegangan agamanya

Selamat bercuti!

Comments