TEMA & LOGO KEMERDEKAAN PAKATAN ASING-ASING IKUT PILIHAN NEGERI??

Pelik tapi benar. Ini memang ayat tepat untuk menggambar rasa kehairanan pu3. Hanya kerana nak menolak slogan 1Malaysia #Janjiditunai masing-masing sibuk nak tunjukkan kreativiti mewujudkan tema.

Kira .. Nak lawanler tu. Hello! tauler fahaman politik lain-lain tapi takkan part sambutan kemerdekaan pun nak lain-lain? Pleaseler!!! Jangan mempolitikkan Hari Kemerdekaan Negara

Bila politik melebihi segalanya maka timbul berbagai-bagai perkara pelik yang sejak akhir ini membuat rakyat keliru dan cemas. Khabarnya Pakatan Rakyat (PR) ingin memecahkan tradisi Sambutan Hari kemerdekaan Negara yang disambut saban tahun dengan menyatakan pendirian untuk menggunakan tema dan logo kemerdekaan secara berasingan bagi negeri jajahan takluk mereka.

Pulau Pinang dan Selangor menetapkan tema '"Sebangsa, Sejiwa, Senegara" manakala bagi negeri Kelantan dan Kedah masing-masing dengan tema "55 Tahun Kemerdekaan Menerajui Perubahan", dan "Terus Berbakti".


Disini timbul persoalan di mata rakyat, adakah cara PR yang sanggup mempolitikkan Hari Kemerdekaan kerana hanya tidak sehaluan pegangan politik dengan kerajaan memerintah.

Rakyat semakin muak dan jelik dengan cara PR mengadakan setiap perkara berteraskan politik ketinggalan zaman mereka.

Hari Kemerdekaan Negara tersingkap segala sejarah negara, disitu juga ada 1001 cerita pahit dan manis bagaimana negara mendapatkan kemerdekaannya dari penjajah.

Usahlah mempolitikkan Hari kemerdekaan Negara semata-mata kita tidak bersetuju dengan musuh politik kita- Hari kemerdekaan Malaysia untuk semua bukan untuk UMNO atau PR walaupun tercatat UMNO-lah yang banyak berjasa mengembalikan kemerdekaan negara.


Sama-sama mengingati Hari Kemerdekaan Negara adalah hari bersejarah dan perlu difahami kemudian diterap kepada generasi akan datang.

4 negeri pembangkang…kenapa juga tema dan logo juga berasingan?..PR semakin berpolitik ke belakang dan tiada sepakat..

 pssssttt.. Sah samad said tengah memendam jiwa . Slogannya dah bercampur aduk.. "SE-asing" boleh masukkan lagi Tok Mad.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts