SEKSYEN 114A AKTA KETERANGAN 1950 AKAN TERUS KEKAL DEMI KEPENTINGANRAKYAT

::Pewaris Anak Bangsa::


Seksyen 114A Akta Keterangan (Pindaan) 1950 yang dibentangkan di Parlimen pada April lepas hebat diperkatakan dalam laman sesawang, akan terus kekal berikutan ia memberi kepentingan untuk melindungi rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata ini kerana akta tersebut dapat mengurus negara dengan baik selain menentang sebarang cubaan pihak tertentu yang mahu merosakkan negara.

Mohamed Nazri berkata beliau tidak boleh memperkecilkan sokongan yang diberikan oleh rakyat dan berhak mewakili rakyat yang telah memilih beliau.
“Saya tidak teragak-agak untuk membentangkan rang undang-undang di Parlimen pada bulan April kerana saya fikir bahawa pindaan itu adalah untuk keselamatan negara,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata tiada keperluan untuk mengkaji semula pindaan akta terbabit.

Beliau berkata perkara itu juga tidak mendapat tentangan daripada pihak pembangkang ketika pindaan akta tersebut dibahaskan di Parlimen.

“Perkara ini telah dibentang pada April lepas dan telah dibahaskan selama 4 jam dan saya telah menjawab semua soalan yang dibangkitkan pembangkang. Mereka (pembangkang) tidak menentang habis-habisan perkara ini kerana mereka juga berpotensi menjadi mangsa,” katanya.

Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang digazetkan Julai lepas, dan ia mula mendapat reaksi pelbagai pihak dalam kalangan pengguna Internet.

Mengulas mengenai laman sosial facebook yang kononnya Pemuda UMNO memaparkan poster berbaur hasutan, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab terhadap undang-undang, beliau menjelaskan bahawa Seksyen 114A bukan merupakan satu kesalahan.

sumber : UMNO online

Comments

Popular Posts