SUDAH TIBA PAS NYATAKAN PENDIRIAN SOAL ISLAM DALAM PAKATAN

::Pewaris Anak Bangsa::
 dalam soalan sebegini. Pu3 setuju dengan pandangan YB Nasharuddin berkenaan sudah tiba masanya PAS kena memberi keputusan muktamad dalam soal kekal bersama dalam 1 barisan dengan Pakatan Rakyat. Yang jelasnya DAP menoak dan menentang sepenuhnyha apa yang ingin PAS laksanakan. Pu3 tak sokong PAS tetapi dalam hal menaikn semula krebiliti mereka sebagai kononnyapejuang syiar Islm. Pu3 tak nampak PAS sealiran dengan perjuangan DAP apa lagi PKR.

Kecuali....

PAS Lupkan sahaja politik ISLAMnya. Kenapa? kerana pu3 tidak nampak PAS mampu berbisik sekalipun nak mengangkat soal HUKUM Islam dalam Pakatan Rakyat selagi Karpal Singh atau DAP masih bernyawa.

Baca lagi di bawah:



Pas perlu menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung penolakan secara konsisten DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh terhadap cita-cita menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atau keluar segera daripada pakatan pembangkang.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, perkara itu wajar diberi perhatian serius pucuk pimpinan Pas ekoran timbulnya keresahan di kalangan penyokong-penyokong di peringkat akar umbi selepas DAP dan Karpal berterusan menolak asas perjuangan Pas.

"Sebagai ahli parti, saya minta Pas nyatakan pendirian sebenar mereka berhubung isu ini. Ahli-ahli di peringkat akar umbi resah apabila melihat keadaan yang berlaku antara Pas dan DAP.

"Nampaknya DAP dan Karpal secara konsisten menolak penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. Sesuatu perlu dilakukan dan bagi saya Pas perlu keluar daripada pakatan pembangkang," katanya.
 
sumber : Sungai Rapat Online blog
 
 

Comments

Popular Posts