TUTUP KEPALA TAPI PAKAIAN BOGEL!
Tak tau apa dalam otak perempuan ini. Bertudung..memang tutup habis. Tetapi malangnya pakaiannya tak menutup aurat.!!! Bukan transperance.. bukan juga jarang tembus pandang. .. potongan dan fesyen dia pakai ini.. melekat ketat pada tubuh sehingga setiap lekuk bentuk tubuh badannya nampak!!! Walau tidak nampak warna kulit tetapi LADY meletakkan cara pakaian ini sama seperti TELANJANG!!!
Bukan memalukan. Iapun sudah popular di laman sosial dan LADY terpanggil mengulas gambar ini sebagai pengalaman dan pengajaran buat kaum hawa seperti LADY.
cantik bentuk tubuh bukan untuk ditunjuk pada mata bukan muhrim. Kenapa nak tunjuk??? Islam melarang muslimah menunjukkan aurat mereka. Bukan setakat aurat rambut yang senantiasa menjadi isu kritikan pihak sebelah yang menganggapnya sebagai perkara hebat dan kaitkannya sebagai tindakan kafir! LADY nak tanya pandangan amda dengan gambar ini (tak kenal siapa perempuan ini.)
Sebuah hadis yang yang diriwayatkan oleh At Tarmizi, Perempuan itu aurat. Maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandang dia. Cuba kita bayangkan, bagaimana dengan keadaan seorang wanita keluar rumah dalam keadaan mendedahkan aurat, tiba-tiba berlaku kemalangan atau sebagainya menyebabkan kematian, bukankah kematian itu berlaku dalam keadaan melakukan derhaka kepada Allah?
Allah tunjukkan kepada nabi dalam peristiwa Israk dan Mikraj sebagai pengajaran bahawa begitu besar dosa dan begitu ngeri azab yang bakal diterima oleh wanita-wanita yang mendedahkan aurat malahan suami atau bapa mereka turut menerima tempiasnya sekali pada akhirat kelak.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (riwayat Muslim). Malahan bagi wanita yang menutup aurat tetapi menggunakan warna-warna yang garang atau menarik perhatian lelaki ajnabi juga dilarang.
Apapun. Pandangan LADY hanya pendapat pribadi LADY dalam soal pemakaian yang wajar seorang muslimah bukan hanya menutup aurat demi menjaga maruah agama dan keluarga. Sebenarnya ianya juga pengamalan dan penjagaan konsep sopan itu sendiri.
Tak salah mengikuti perkenbangan busana atau fesyen terkini tetapi menjaga aurat itu juga wajib diutamakan. Biarlah kita dipandang pandai berfesyen tetapi dalam masa yang sama mengekalkan diri sebagai muslimah yang menjaga aurat.
Artikel kali ini hanya menyentuh perihal pakaian sahaja. Walauapun sebenarnya aurat bukan sahaja tubuh badan semata. Suara juga sebahagian aurat. Apapun LADY tidak akan membicarakannya kali ini.
Selamat mengamalkan budaya Islam dan akhlak bermula dari pakaian anda.
Sumber gambar : facebook
Comments
Post a Comment