KEPADA SITI ZULAIKHA FB A.K.A RBA : HUKUM MENGHINA BAGINDA RASULULLAH SAW
HUKUM MENGHINA RASULULLAH (S.A.W.)
Kewajipan Umat Islam Memuliakan Rasulullah s.a.w dan para Anbiya serta Tegahan Menghina Mereka
Allah s.w.t. telah mengangkat martabat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan sesuatu kedudukan yang tiada tolok bandingnya dengan Nabi, manusia, dan makhluk yang lain. Kedudukannya banyak diungkapkan melalui al-Quran dan hadith-hadith Baginda s.a.w.
Antaranya ialah firman Allah Taala yang bermaksud:
Sesungguhnya kami mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi (terhadap umatmu) dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Hendaklah kalian beriman kepada Allah dan rasulNya, mengagungkannya (Rasulullah) dan memuliakannya.
Firman Allah Taala yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi (Muhammad). Wahai orang-orang yang beriman selawatlah ke atasnya dan ucapkanlah salam kepadanya.
Memuliakan dan menghormati Rasulullah s.a.w. bukanlah suatu tuntutan yang kecil, malah ia merupakan sebahagian daripada keimanan. Shaykh cIzz al-Din Madi Abu al-cAza'im di dalam Ayyuha al-qarniyyun halla faqihtum mengenengahkan tuntutan ini dengan menyatakan bahawa sesiapa yang tidak membesarkan dan memuliakan Rasulullah s.a.w. dengan kedudukan yang selayaknya bagi Baginda s.a.w adalah kafir. Begitu juga orang yang keterlaluan dalam hal ini sehingga meletakkan kedudukannya setaraf dengan kedudukan Allah, maka ia juga adalah kafir.[1]
Seseorang itu, terutamanya Muslim tidak boleh mengata-ngata atau menghina Rasulullah s.a.w. samada dalam bentuk pengucapan, penulisan, perbahasan, lukisan, atau apa jua mediumnya. Malah kita juga disuruh supaya merendahkan suara ketika bercakap dengan Rasulullah s.a.w. dan haram bagi umat Islam meninggikan atau menyaringkan suara semasa bercakap dengan Baginda s.a.w.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:[2]
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara semasa menghadapkan percakapan terhadapnya sepertimana sebahagian kamu menyaringkan suara terhadap yang lain, (larangan yang demikian) supaya amalan-amalan kamu tidak terhapus pahalanya sedangkan kamu tidak menyedarinya.
Firman Allah Taala yang bermaksud:[3]
Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya (smeasa mereka berada) di sisi Rasulullah, merekalah orang yang telah dibersihkan oleh Allah akan hati mereka untuk bertakwa, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Juga haram memanggil Rasulullah s.a.w. dari balik dinding rumahnya (dengan tidak sabar dan memaksa Nabi s.a.w. keluar dengan segera). Firman Allah Taala yang bermaksud:[4]
Sesungguhnya orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat keluargamu) kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tatatertib). Dan jika mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Firman Allah Taala yang bermaksud:[5]
Sesungguhnya orang yang sebenar-benarnya beriman ialah mereka yang beriman kepada Allah dan rasulNya dan apabila mereka turut serta bersama dengan Rasulullah dalam sesuatu perkara yang memerlukan perhimpunan ramai, tidaklah mereka meninggalkan majlis perhimpunan itu sebelum mereka meminta izin kepadanya.
Juga haram bagi umat Islam memanggil Rasulullah s.a.w. hanya dengan nama Baginda sebagaimana memanggil saudara atau sahabat yang lain, tetapi hendaklah menggunakan lafaz yang menunjukkan penghoramatan seperti Ya Rasulullah, Wahai Nabi Allah, dan sebagainya (termasuk dalam doa). Firman Allah Taala yang bermaksud:[6]
Janganlah kamu jadikan seruan (atau panggilan) Rasulullah di antara kamu sama seperti seruan atau panggilan sesama kamu. Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang di antara kamu yang menarik diri keluar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi.
Berdasarkan ayat-ayat al-Quran di atas, adalah jelas bahawa umat Islam mesti menghormati Nabi s.a.w., bersopan-santun kepada Baginda s.a.w. dan menjaga adab serta tatatertib kepada Baginda s.a.w. dalam apa jua keadaan.
Ps: LADY tahu pemilik akaun tu bukan nama sebenar. Dan yakin kemungkinan bukan muslim pun. Tu yang kesat dan kasar semacam bahasanya!
Assalamualaikum..selamat petang..admin saya nak minta jasa baik admin tolong remove post berkaitan SITI ZULAIKHA MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW..itu adalah fake acc..ada manusia yg tidak bertanggungjawab telah menggunakan pic dan nama adik saya dan membuat post serta komen yg menghina di serata group..laporan polis telah dibuat tahun lepas..saya terkejut yg gambar ni masih wujud diguna pakai dlm post admin..saya minta jasa baik admin utk removekn post tersebut..terima kasih
ReplyDeleteMakluman.. posting ni sdh lama. Saya sdh tak ingat bila.. rasanyaketika posting tu saya temui di fb.. apapun. Eloklah sdh buat lapora ke PDRM.
Delete