AL FATIHAH????


Terkejut juga LADY baca status Hishamuddin Rais dan kenyataan rasmi PAS. AL FATIHAH?????

Meragui ucapan berkenaan. LADY rujuklah hal ini kepada seorang ustaz a.k.a betul- betul ustaz ya. Bukan ustaz PAS. BOLEHKAH KITA MELAFAZKAN PERKATAAN AL FATIHAH KEPADA ORANG YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM ATAS KEMATIANNYA?


Ustaz tu jawab. ALFATIHAH hanya untuk yang beragama Islam. Cukuplah ucapkan takziah kepadanya. Tetapi ustaz tu sambung lagi. Jangan salah sangka. Kemungkinan tersasul sebut kerana ia suatu kebiasaan kita yang beragama Islam akan menyebut Al Fatihah setiap kali menerima khabar kematian selain membaca INNALULLAHI WAINNAILAHIRAJIUN.

LADY jawablah. Kalau bercakap kemungkinan tersasul itu akan berlaku. Tetapi jika melalui penulisan. Takkan tak sedar semasa menaip sehingga SEND di status media sosial. Lagipun jika tersasul sekalipun.. boleh buat EDIT POST. Membetulkan.

Ustaz itu hanya tersenyum. Mendengar ulasan LADY. Dan senyuman itu LADY yakin dia bersetuju walau tidak meluahkan dengan lisan. Syukran ustaz kerana menjawab soalan LADY.

Berbalik kepada 2 kenyataan status dan kenyataan rasmi PAS. Kenapa mereka boleh bertindak sedemikian? Walau terlalu berduka sekalipun.. takkan menyamakan individu bukan beragama Islam dengan beragama Islam???? Why?????

Syuhada???? Kenapa nak jadikan Kematian KARPAL sebagai pemergian seorang syuhada? Bukankah gelaran itu hanya untuk pejuang mempertahankan kesucian agama Islam dan negara? Bila masa mendiang memperjuangkan agama Islam????? ( sorry for his family) - perbicaraan setakat ini. Takut kang LADY pula diburu oleh ahli keluarganya yang sedang sibuk memburu individu yang memaparkan gambar kecederaan mendiang.. takut hal ini pun akan dijadikan isu tak menghormati mendiang pula dah!!!

Bagi LADYm ada pro dan kontra mendiang ini. Kelantangannya bercakap membuat kepimpinan BN tidak LEKA dan NYENYAK DALAM TUGAS.  Walau ada kalanya hujahannya tidak berasas. Tu antara kebaikan dan kekurangannya. - sekali lagi ulasan pribadi LADY hentikan setakat ini. Kot ada lagi kata LADY kurang ajar

LADY mencadangkan kepada badan FATWA NEGARA. Membincangkan hal ini lebih teliti dan mendalam. Sama ada ISLAM membenarkan lafaz AL FATIHAH diberikan kepada individu yang bukan beragama Islam.

Comments

  1. Pertama sekali saya salahkan perdana menteri tidur kita yang membenar dan membawa balik si setan yang tak berguna ini yang semata mata akan membawa bencana kepada malaysia...kini sekali lagi beliau membuktikan bahawa dia adalah saorang pendokong kepada liberalisma sama macam gurunya DSAI. Jadi marilah kira ramai ramai mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri tidur kita atas tindakan yang begitu bodoh membenarkan si malaun ini balik ke malaysia....syabas PAK LAH

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts