PEMANDU LORI TERKEJUT & TIDAK SEDAR KARPAL DALAM KERETA
Rasanya ini sudah menjawab tuduhan pemilik akaun FB Hariff Najmi yang mengatakan konon kemalangan dirancang.
IPOH: "Bunyi dentuman kuat di belakang lori dan suara orang menjerit telah mengejutkan saya," demikian menurut pemandu lori Abu Mansor Mohd, yang kenderaannya terlibat dengan kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar, awal hari ini.
Kemalangan pada 1.10 pagi itu, mengakibatkan anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius maut di tempat kejadian.
Ekoran itu, Abu Mansor, 45, berkata dia memberhentikan kenderaannya dan melihat kenderaan serba guna (MPV) yang dinaiki lima penumpang melanggar bahagian belakang kanan lori berkenaan.
"Keluar dari lori, saya terkejut setelah melihat MPV itu rosak teruk dan terdapat mangsa yang cedera," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Abu Mansor berkata pada mulanya dia tidak mengetahui seorang daripada lima mangsa yang berada di dalam kenderaan itu adalah bekas Pengerusi DAP.
"Orang ramai yang berhenti di tepi jalan untuk melihat kejadian itu memberitahu saya Karpal Singh berada di dalam kenderaan itu," katanya.
Menurut Abu Mansor, dia memandu perlahan di bahagian kiri jalan ekoran keadaan jalan yang berbukit.
Berasal dari Petaling Jaya, pemandu lori itu berkata dia sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk menghantar barang antaranya simen serta mozek dan turut disertai isterinya Nur Azlina Ahmad, 23, serta seorang kanak-kanak Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah, 4.
Kemalangan itu turut mengakibatkan pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak.
Anak lelaki ahli politik veteran itu, Ramkarpal Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV C. Selvam, 27, seorang warga India tidak mengalami kecederaan.
Abu Mansor pula hanya cedera ringan manakala dua penumpang lain tidak cedera.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata saringan awal ujian air kencing bagi mengesan dadah dibuat ke atas Abu Mansor selepas polis mengambil keterangan daripadanya.
"Bagaimanapun, Abu Mansor dibebaskan dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi.
Menurut Ng, ujian makmal akan dilakukan bagi mempoleh keputusan lebih tepat.
Beliau berkata polis juga akan menjalankan saringan ujian air kencing terhadap Selvam, dalam masa terdekat.
Seorang lagi saksi Annas Kamaluddin, 38, berkata dia bersama majikannya yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh tidak menyangka mangsa kemalangan itu adalah Karpal Singh.
"Saya nampak kenderaan dari arah bertentangan memberi lampu tinggi dan saya memperlahankan kenderaan sehingga tiba di tempat kejadian, ketika itu saya nampak sebuah kereta Alphard berwarna putih dalam keadaan melintang di tengah-tengah jalan raya," katanya.
Annas yang merupakan pekerja swasta berkata majikannya kemudian menghubungi talian kecemasan setelah melihat seorang mangsa terbaring di atas jalan raya dan beberapa mangsa lain tersepit di dalam kenderaan MPV itu.
Dalam jarak kira-kira 30 meter dari kenderaan itu, dia juga ternampak sebuah lori dengan kesan kemalangan di bahagian belakangnya, katanya.
"Kami menunggu sehingga polis bantuan tiba dan sementara itu kami cuba membantu melancarkan lalu lintas, suasana gelap, kami dibantu dengan sedikit lampu kenderaan," katanya.- BERNAMA
Ps: LADY tak hairan dengan provok pro PR yang apa sahaja kejadian berlaku kepada mereka. Sudah pasti menuduh UMNO! Apapun fitnah anda di dunia mungkin selamat tetapi di akhirat belum tentu!!
Comments
Post a Comment