PRESIDEN US BARACK OBAMA TIBA DI MALAYSIA


KUALA LUMPUR:  Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tiba di Malaysia sebentar tadi dalam rangka lawatan tiga harinya ke negara ini. Lawatan antara lain dilihat sebagai sebahagian usaha meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara selain mencari peluang "perkongsian bersama".

Obama tiba dengan pesawat rasminya Air Force One di Lapangan Terbang Tentera Udara Malaysia di Subang pada pukul 4.50 petang tadi.

Ini adalah lawatan kedua Presiden negara itu dalam tempoh 48 tahun.

Presiden Amerika Syarikat ke 44 dijadualkan menghadiri sambutan rasmi di dataran parlimen.

Malam ini Obama akan menghadap Yang di Pertuan Agong selain menghadiri jamuan makan malam negara di Istana Negara. - Astro Awani

Comments

Popular Posts