Followers

BEBAS DARI TUDUHAN MENGHINA AGAMA ISLAM????!!!!!


Apa dah jadi ni? Si lucah yang bukan sahaja membangkitkan konstroversi memuatnaik gambar seksnya di media sosial dan menyinggung umat Islam dengan paparan gambarnya telah dibebaskan dari tuduhannya???!!!!

Walaupun 1 daripada 3 pertuduhan tetapi ia sudah melukakan hati LADY sebagai umat Islam yang sangat menyampah lagi benci pada manusia yang tidak menghormati agama Islam. Tak kisahlah dia percaya agama selain Islam tetapi mereka ini tidak berhak menghina!!!!

Mahkamah Rayuan di sini, membenarkan rayuan pasangan kontroversi Alvin Tan Jee Yee dan Vivian Lee May Ling untuk membatalkan satu daripada tiga pertuduhan yang dihadapi mereka iaitu memuat naik kandungan menghina agama Islam dalam Facebook (FB), tahun lalu.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dalam keputusan sebulat suara memutuskan bahawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan tidak boleh diguna pakai terhadap Alvin dan Vivian.
Alvin dan Vivian memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan mendakwa mereka menerbitkan hasutan di dalam FB iaitu memuat naik kandungan yang mana perbuatan berkenaan mungkin menyebabkan perasaan permusuhan di atas alasan agama dan di antara orang yang menganut agama berlainan

Peguam Chong Joo Tian yang mewakili pasangan itu ketika ditemui berkata bahawa, Seksyen 298A Kanun Keseksaan adalah undang-undang yang sah bagaimanapun ia tidak terpakai kepada bukan Islam.

Bagaimanapun pasangan itu masih lagi berhadapan dengan dua lagi pertuduhan dan akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. – Harian Metro

Ps: akta atau perundangan perlu diketatkan juga kepada yang bukan beragama Islam agar mereka belajar menghormati agama Islam walau tanpa menganutinya!!!!

No comments:

Post a Comment