TAK ALERT ATAU MEMANG BUTA MATA????!



Bila LADY baca 1 status ketua penerangan pemuda UMNO Malaysia dan kemudian membaca artikel di surat khabar.. LADY terfikir.. kenapa perkara ini boleh dibenarkan terjadi??? Dan LADY bersetuju dengan kenyataan saudara Jamawi pasal ini

Untuk menaikkan nama resort...itu sudah semestinya. Publisiti menarik lebih ramai pelanggan. Tetapi kenapa harus membenarkan bendera Israel digantung kawasan resort itulah yang menjadi pelik.

Kenapa ?

Tidakkah pemilik resort memahami sentimen dunia dan negara. Tak payah nak kata tak berminat dengan perkembangan politik. Sekurang-kurangnya pengetahuan am wajar diketahui

Tidakkah pemilik resort wajib tahu bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik atau apa-apa hubungan rasmi dengan Israel. Atas sebab itulah tengok sahaja pada passport antarabangsa kita. Telah dinyatakan penggunaan passport seluruh dunia kecuali Israel.!!


Lagi LADY pelik.. penggambaran filem ini diberi kebenaran atau lebih senag permit? Tidakkan semasa mendapatkan kebenaran, segala dokumen dan penglibatan wajar diisi dalam borang secara detail. Tidakkah ada yang masih disembunyikan????

LADY pun nak tahu.. tidakkah ada tindakan pihak berkuasa berkenaan ini??? Takkkan dibiarkan????

Mohon penceraham dari KDN dan pihak berkaitan dengan isu ini

Comments

Popular Posts