Followers

INFO: AHLI PARLIMEN BUKIT GELUGOR MAUT DALAM KEMALANGAN



MENGEJUTKAN!!!!!

TAPAH 17 April - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.
Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. - UTUSAN ONLINE



Dalam berita di portal Astro awani

... Karpal, 74, maut di tempat kejadian dalam nahas yang berlaku kira-kira pukul 1 pagi itu. Kemalangan itu turut meragut nyawa pembantu beliau, Michael Cornelius, 39 tahun.
Anak sulung Karpal, Gobind Singh Deo mengesahkan pemergian bapanya melalui satu kenyataan di Twitter pada pukul 3.40 pagi.

With deep regret I announce the passing of my father YB Karpal Singh. Details will follow.
— GobindSinghDeo (@GobindSinghDeo) April 16, 2014


Karpal dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bersama anak lelakinya, Ramkarpal Singh untuk mengendalikan satu kes mahkamah pagi ini.

Ramkarpal dan pemandu kereta yang mereka naiki dilaporkan cedera.


Menurut laporan, kereta jenis Toyota Alphard yang mereka berlanggar dengan sebuah lori. Rakaman foto di tempat kejadian menunjukkan kenderaan berwarna putih itu rosak teruk.- Astro awani

Walau berada di luar negara. YAB PM DS Najib menzahirkan tahziah melalui twitternya. Demikian juga beberapa kepimpinan BN lain yg menyatakan perasaan sama.(mana yg sempat LADY baca status mereka di twitter)


Ps: TAHZIAH. Semoga keluarga mendiang tabah menghadapi permergiannya

No comments:

Post a Comment