SANDIWARA KERUSI PRESIDEN PKR: ANDAIAN TERNYATA TEPAT
Terkejut??? Hahahhaha tak terkejut sungguh!!!. Sudah dalam jangkaan. Kalau bukan Si anwar tarik diri.. wan azizahlah tarik diri..
Berullah kata mereka... SANDIWARA!!!
Baca dulu ni....
Anwar Ibrahim tarik diri bertanding jawatan Presiden PKR
Astro Awani | Kemas kini: April 22, 2014
KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden PKR.
Penarikan diri itu membolehkan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail memenangi jawatan itu tanpa bertanding.
Pada 11 April lalu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan bertanding jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan diadakan pada Mei ini.
Pertandingan tersebut disahkan Pengarah Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul pada sidang media calon pemilihan Keadilan 2014.
Wan Azizah yang sudah memegang jawatan itu selama 15 tahun bakal bertanding dengan Anwar yang kini sedang menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas disabit kesalahan meliwat. -Atro Awani
Ps: demi menyelamatkan kedudukan dalam PKR anwar dan isteri sengaja bertanding untuk kerusi utama. Jika hanya Anwar sahaja bertanding, apabila urusan perbicaraan dan menjalankan hukuman kena dilakukan.. sudah pasti kerusi itu kosong! Rugilah kannnnn.....
Parti keluarga kan so tak kisahlah kalau jawatan masih dalam salasilah si anwar.
Comments
Post a Comment