LAJIM UKIM DITUDUH MENCURI WANG RAKYAT??? TAUFICK RUSCHI BUAT LAPORAN POLIS!!!


Semalam, 8 April, Ketua Cabang PKR Beaufort telah membuat laporan polis terhadap Lajim Ukin yang merupakan MPN PKR Sabah kerana mencuri wang parti yang distatuskan sebagai wang rakyat. 

Laporan polis telah dibuat oleh Taufick Ruschi, 56, di Balai Polis Kota Kinabalu jam 10:52 pagi semalam kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Lajim Ukin, ADUN N.25 Klias merangkap Pengerusi Perhubungan PKR Sabah yang telah menerima dana kewangan sebanyak RM400 ribu daripada Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Daerah Beaufort. Menurut Taufick, wang tersebut sehingga ke hari ini tidak diagih-agihkan kepada rakyat yang menjadi mangsa banjir. 

Laporan Polis dibuat oleh pengadu untuk siasatan dan tindakan Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan meminta pihak Polis Diraja Malaysia menyiasat kes tesebut mengikut Seksyen 409 atau mana - mana undang -undang yang berkenaan.

 

Taufick membuat laporan polis agar SPRM dan PDRM melakukan siasatan dan mengambil tindakan terhadap Lajim Ukin yang telah menerima dana kewangan sebanyak RM400 ribu dari Menteri Besar Negeri Selangor tetapi tidak mengagihkan peruntukan tersebut kepada rakyat yang terlibat menjadi mangsa banjir di daerah BEAUFORT. Lajim Ukin bagaimanapun telah menggunakan dana wang tersebut untuk kepentingan peribadi. Taufick mendesak agar SPRM menyiasat Lajim Ukin berkaitan dengan rasuah dan mahu PDRM memyiasatnya di bawah Seksyen 409 atau mana-mana undang-undang yang berkenaan.


Ps: semasa LADY dapat maklumat ni, LADY ingatkan gurauan rakan-rakan LADY. Namun setelah LADY memeriksa kesahihan laporan. Ianya adalah benar!
Wahhh.. apa dah jadi? Lajim nak jawab apa tentang pertuduhan ini???

Comments

Popular Posts