Followers

MASYALLAH! HOTEL DI MADINAH TERBAKAR, 15 JEMAAH MAUT


RIYADH:  Satu kebakaran Hotel Ishraq Al-Madina di Madinah pada Sabtu telah menyebabkan 15 jemaah maut dan mencederakan 130 yang lain, lapor agensi berita SPA.

Kabakaran dilaporkan berlaku 2.33 petang Sabtu waktu tempatan dan kira-kira pukul 8 malam waktu Malaysia.

Agensi tersebut melaporkan, beberapa pegawai yang ditemui berkata kira-kira 700 jemaah telah menginap di hotel di bandar barat Madinah untuk melaksanakan umrah.

Laporan sebelum ini berkata 12 orang terbunuh dalam kebakaran tersebut.

Stesen-stesen televisyen di Mesir berkata rakyat Mesir dan Turki adalah antara mereka yang terkorban dan jurucakap Kementerian Luar, Badr Abdelatty berkata Kaherah masih cuba untuk mengesahkan jumlah warga mereka yang meninggal dunia.

"Api tersebut mengakibatkan kematian 15 jemaah dan disebabkan oleh pengsan, pendarahan dan serangan jantung dan pernafasan . Kami juga merawat 30 kes lemas akibat kebakaran," kata Mohammed Mahmoud Kheyat , jurucakap Bulan Sabit Merah Arab di Madinah kepada agesi berita tersebut.

Kebakaran berlaku pada waktu petang dan berjaya dikawal beberapa jam kemudian oleh lebih daripada 110 anggota Bomba dan Pertahanan Awam Arab Saudi.

Mereka yang terselamat berpindah ke hotel lain di bandar tersebut.

Pihak berkuasa melakukan siasatan punca kebakaran itu dan mengatakan kerja-kerja penyelenggaraan di hotel itu litar pintas mungkin menjadi punca hotel tersebut terbakar.- APF

UPDATE-Datuk Ahmad Maslan yg kini tunai Umrah di Mekah kata jemaah Malaysia tak terlibat kebakaran di hotel Madinah.Kebanyakan Iran dan Turki-Agendanews

No comments:

Post a Comment