3 PELAKON KLIP VIDEO 'ONEDERFUL' BERI KETERANGAN KEPADA POLIS

muka tak melucukanpun, muka gedik adalah!!!!!!~
KUALA LUMPUR:  Ketiga-tiga pelakon dalam klip video 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang dikaitkan dengan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok, tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala lumpur pada Selasa.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata pada 10.30 pagi ini pihak polis merekodkan keterangan dua orang pelakon lelaki yang berusia 32 dan 36 tahun berhubung kes video itu.

"Pelakon wanita berusia 32 yang melakonkan watak "Mrs Jit" memberikan keterangannya jam 3 petang," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina pemimpin negara.

"Anggota Parlimen Seputeh juga akan dipanggil bagi memberi keterangan dalam tempoh terdekat ini," katanya.


Dalam klip video berdurasi hampir 12 minit itu, Kok berlakon sebagai pengacara yang menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina baru-baru ini dengan mereka telah mengeluarkan kenyataan menyindir, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.

Sementara itu, pelakon yang memegang watak sebagai 'Mrs Jit' ketika ditemui pemberita mendakwa dia tidak tahu yang watak dipegangnya menyerupai tingkah laku salah seorang isteri pemimpin di negara ini.

"Skrip diperolehi oleh saya pada hari yang sama penerbitan video itu," katanya.

Sementara lelaki yang memegang watak sebagai 'Master Yan Yan" pula berkata dia hanya memainkan watak yang diberi kepadanya ketika klip video itu dirakamkan.

Ditanya bayaran yang diterimanya, lelaki berkenaan menjawab:

"You (pemberita) boleh bertanya kepada Teresa Kok mengenai bayaran, selebihnya saya tidak mahu komen".

Bernama cuba mendapatkan keterangan daripada seorang lagi pelakon yang memegang watak sebagai "Brother Wai", namun gagal selepas dia bergegas meninggalkan kawasan IPK dengan menaiki kereta Honda City.-BERNAMA

Ps: walaupun bekerja sebagai pelakon. Bukankah pelakon masih boleh berfikir bijak meneliti skrip yang diberikan sebelum memulakan lakonan. Takkan mereka tak alert perkara-perkara yang mengundang sentimen? Atau sebenarnya mereka sememangnya sudah ingin menoktahkan kerjaya mereka selepas ini?
Pada pandangan LADY. Mereka bukan manusia yang bijak

Comments

  1. Kita mmg tahu mereka ni punya agenda tersembunyi dalam perbuatan mereka. Kita yg terlalu memberi muka. Sebab tu bila mereka bertindak memperbodoh, org kita jd makin bodoh menyokong, malah mempertahankan juga.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts