INFO: CALON SPM 2013 BOLEH KEMASKINI BORANG PERMOHONAN MATRIKULASI

KUALA LUMPUR:  Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 boleh mengemas kini borang permohonan matrikulasi masing-masing selama 15 hari bermula 10 Februari lalu.

Kenyataan Kementerian Pendidikan berkata, calon yang telah mengisi borang permohonan juga boleh mengemas kini maklumat tambahan melalui laman sesawang kementerian itu di www.moe.gov.my.

Pelajar yang mengemas kini melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan perlu masuk melalui ruangan e-Perkhidmatan berkala dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan atau angka giliran SPM sahaja jika ingin mengemas kini borang  berkenaan.

Dalam pada itu, kementerian turut memaklumkan keputusan ke program matrikulasi akan dikeluarkan lima minggu selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi di laman web kementerian.

Pelajar yang ditawarkan ke program matrikulasi juga perlu mencetak sendiri surat tawaran yang akan dikeluarkan secara atas talian.

Pelajar terbabit bagaimanapun tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM kerana ia akan diambil terus dari lembaga peperiksaan.

Mereka yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi bahagian matrikulasi di talian 03-88844083/4036/4040 bermula 8.30 pagi sehingga 4.30 petang pada hari bekerja. - Astro Awani

Comments

Popular Posts