Followers

GANAS!! BALAI POLIS BUKIT TENGAH DIBALING 'MERCUN BOLA'


BUKIT MERTAJAM:  Balai Polis Bukit Tengah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dibaling bahan letupan oleh beberapa suspek awal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu menyebabkan sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal balai terbabit rosak selain cermin balai pecah manakala sebahagian silingnya runtuh.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Nasir Salleh berkata, kejadian awal pagi itu dipercayai dilakukan individu bermotosikal yang bertindak membaling bahan letupan dipercayai "mercun bola" ke perkarangan balai polis.


“Bahan letupan itu ialah mercun bentuk bola tu, dia kumpul sikit-sikit sampai boleh pegang dalam genggaman tangan kemudian dia baling dalam balai. Masa ia meletup, ‘wave’nya naik ke atas, dia tidak ada bahan ‘splinter’ lain, masa dia naik pecah cermin-cermin dan siling dan juga terkena pondok sentry,” kata Nasir.
Bagaimanapun, dua anggota polis yang bertugas ketika itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Nasir berkata, siasatan forensik mendapati bahan letupan itu merupakan mercun berkuasa tinggi.


Kejadian menyebabkan kerugian antara RM10,000 hingga RM15,000 manakala kes disiasat dibawah Seksyen 5 Akta Bahan-bahan Hakisan dan Letupan.


Katanya, siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui  motif sebenar kejadian termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan berhampiran bagi mengenalpasti suspek.


Polis turut meminta bantuan orang ramai untuk mengenalpasti suspek  dengan menghubungi balai polis berhampiran.- Astro Awani

Sumber gambar: Brotherhood

No comments:

Post a Comment