SEMAKIN RAMAI KEPIMPINAN MEMPERAKUI KEMAMPUAN CYBER SEBAGAI PLATFORM PROMOSI POSITIF
2 3 tahun yang lalu. Kebilangan mereka yang mengaku pemimpin tidak kira peringkat mengkritik bahawa laman sosial atau alam maya adalah suatu perkembangan membuang masa atau tidak memberi sebarang manfaat yang baik. Saban kali mereka ini membuay tohmahan yang cukup menyakitkan perasaan golongan generasi baru yang sangat cenderung menyukai media alternatif ini.
Namun kini.. sebilangan daripada mereka sudah pasti menyesali perbuatan mereka sebelum ini. Tindakan sukar menerima perkembanga budaya baru dan pandangan negatif mereka memalukan mereka kembali. Malahan sebahagian dari mereka memperakui kehebatan media alternatif tanpa mengingati kritikan sinis mereka sebelum ini.
Baca lagi ini...
Cyber Team" diwujudkan bagi promosi sektor pertanian kalangan golongan muda
SERDANG: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mempergiatkan penggunaan media sosial untuk mempromosi sektor pertanian supaya menjadi satu bidang yang diminati generasi muda.
Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sehubungan itu kementerian mewujudkan 'cyber team' di setiap agensinya untuk mencapai hasrat itu.
"Cyber team ini akan membuat pengiklanan dan promosi melalui media sosial sama ada twitter dan sebagainya. Ini kerana generasi muda lebih dekat dengan media sosial," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Amanat Bersama Menteri di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata generasi muda menganggap sektor pertanian tidak menjamin masa depan dan persepsi itu harus diubah.
Katanya kementerian dengan kerjasama beberapa pihak antaranya Majlis Belia Malaysia dan Universiti Putra Malaysia akan bekerjasama dalam menarik minat belia menceburi sektor pertanian menerusi penganjuran pelbagai program.
Beliau berkata kementerian juga telah melancarkan Kelab Usahawan dan Siswazah Tani (MyAgrosis) di kalangan belia dan siswaszah untuk menceburi bidang pertanian bagi melahirkan petani moden dan berkarisma.
"Sehingga kini keahlian kelab telah mencecah 10,124 orang dan kami berharap keahlian akan terus meningkat," katanya.
Ps: jangan terus menolak suatu perkara baru tanpa mengkaji. Usah sinis pada pembawaan yang tiada sebelum ini tanpa usul periksa. Betullah kata nenek pu3 dulu. Kecil usah disangka anak. Besar jangan dikatakan bapa.
Laman media kini boleh menjana pendapatan. Percayalah hehehehhe
Comments
Post a Comment