PRK KUALA BESUT: MANUSIA JADI SYAITAN
Hmmm pelik bebenor masa pilihanraya kecil di kuala besut ni. Pertarungan 1:1 antara BN : PAS melibatkan 2 dua kumpulan yang mewakilkan calon dari kalangan Melayu beragama Islam. Pu3 tak hairan sangat kalau pihak pembangkang menyebarkan fitnah ketika PRU mahupun mana-mana PRK kerana nak kelabukan mata pengundi. Ianya adalah perkara biasa dilakukan oleh mereka.
Apabila diumumkan PRK Kuala Besut bermula pada hari ke-3 puasa di bulan ramadhan. Pu3 membayangkan suasana lebih harmoni kerana jentera PAS adalah kumpulan yang mengaku MEMPERJUANGKAN ISLAM. Sudah pasti tindakan BOHONG
TIPU. termasuk FITNAH akan terhalang kerana kerisauan menjaga peribadatan puasa mereka menjadi sia-sia hanya berlapar dan dahaga. Itu harapan pu3.
Semalam dan hari ini. Begitu hebat diedaran merata tempat. Di kg Nail kemudian hari ini di kawasan PDM kampung baru risalah konon penyatuan melayu 16:16 yang konon diilhamkan oleh NGO pro-BN . Setakat ini pu3 belum perolehi info feedback dari pihak yang berkaitan samaada memperakui mahupun membuat penafian.
Secara logik akal pu3lah. Formula 16:16 ni bukan formula yang diamalkan atau digunapakai oleh kumpulan pro-BN. Ianya adalah Formula yang dicanang oleh PAS serta sekutunya yang mendambakan kemenangan sama rata di Negeri Terengganu. Memandangkan keputusan PRU13 yang lepas. keputusan memihak kepada BN 17 DUN dan Pakatan 15. Pihak pembangkang mengharapkan kemenangan PRK kuala Besut ini berpihak kepada mereka agar jumlah kerusi menjadi sama 16:16.
Pertanyaan pu3. Kenapa pihak tak bertanggungjawa ini menyebarkan flyer atau risalah melibatkan NGO-NGO Pro-BN dan jelas memperjuangkan maruah Melayu? Jika benar NGO-NGO ini sememangnya terlibat, kenapa pihak lain yang mengedarkannya. Kenapa pula dalam mana-mana ceramah tidak dinyatakan slogan baru kempen pilihanraya kecil NGO-NGO ini mahukan kemenangan sama rata untuk 16:16 sebagai agenda perjuangan menyatukan orang melayu di terengganu.
Pertanyaan pu3 yang kedua. Andai risalah ini buka dari NGO-NgO yang dilelong nama mereka dalam risalah ini. Kenapa terdesak sangat nak melakukan fitnah dalam bulan mulia ini? Tak takutkah mereka akan dosa ? Tak takutkah mereka hilang nikmatnya ibadah dibulan Ramadhan ini?
Alangkah malangnya di bulan ramadhan Mulia ini. Segala syaitan iblis telah dirantai agar seluruh makhluk Allah mampu memaksimakan tumpuan mereka dalam melaksanakan peribadatan tanpa adanya gangguan. Namun manusia-manusia ini pula telah menjadi Syaitan dan Iblis tanpa perlu dihasut oleh makhluk yang dilaknati Allah swt!
Hanya kerana mendambakan berlaku rombakan pentadbiran yang memungkinka juga pilihanraya negeri.. manusia-manusia ini sanggup melakuka fitnah ke atas pihak lain. Jika fitnah ini digunalan ke atas seorang indivdu. Senanglah nak mencari penyelesaian dengan..memohon keampunan serta segera bertaubat. Tetapi apabila melibatkan suatu pihak yang sangat besar. Jumlah keahliannya yang sangat ramai. Adakah sebahagian besar dari ahli kumpulan yang difitnah ini merelakan diri mereka memberi kemaafan?
agaknya pihak menyebar fitnah ini bertanggapan. Sekarang dah masuk puasa ke-13. Berbaki lagi 16 -17 hari lagi bulan Ramadhan disambut pula bulan Syawal. Dengan menyatakan MAAF ZAHIR DAN BATIN. Segala dosa Fitnah akan termusnah? Itu fatwa mana mereka pakai ni. Buat dosa dipermudahkan penyelesaiannya.
Walaupun pu3 bukan ahli PEKIDA mahupun PERKASA, MBM mahupun GPSM. Pu3 yakin. Kempen 1 kerajaan menggunakan formula 16:16 ini bukanlah dari pihak mereka. Tetapi pihak pembangkang yang terdesak memperolehi kemenangan atas kelakuan fitnah yang mereka lakukan ini. Masyallah! Astagfirullahulazim. Kenapalah menodai kemuliaan bulan Ramadham dengan aktiviti dosa menfitnah?!!!!
Bagi pu3. Kelakuan ini.. bukan kelakuan orang yang mengaku beriman kepada Allah swt. Bukan perlakuan mereka yang berpegang pada RUKUN IMAN mahupun RUKUN ISLAM. tetapi mereka yang sudah tidak layak digelar manusia. Orang yang melafaz dengan lidah kononnya berjuang ke atas keutuhan Agama Islam tetapi perbuatan pula berpaksikan perbuatan Syaitan. Bulan Ramadhan ini. Mereka buka lagi manusia melainkan Syaitan dan Iblis.
Hanya beberapa jam lagi hari pengundian. Pu3 berharap. Pengundi kawasan DUN kuala Besut kukuhkan keimanan dan tidak dipengaruhi fitnah dari pihak pembangkang yang dahagakan kemenangan ini.
JOM UNDI BN.
Comments
Post a Comment