TINJAUAN PERSIAPAN MENGHADAPI PRK KUALA BESUT OLEH KETUA POLIS NEGARA

KAMPUNG RAJA, 10 JULAI 2013 – Sempena Pilihan Raya Kecil N1 Kuala Besut yang dijangkakan berlangsung pada 24 Julai 2013, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara telah membuat lawatan kerjanya ke Daerah Besut untuk meninjau persiapan polis bagi menghadapi hari penting tersebut. Sebelum itu, Hari Penamaan Calon dijadualkan pada 12 Julai 2013 dan bagi pengundi awal 20 Julai 2013.

Dalam sidang media yang diadakan, beliau memaklumkan bahawa pihak polis telah bersedia sepenuhnya terutamanya dari segi keselamatan bagi memastikan proses demokrasi berjalan dengan lancar. Beliau turut memberi jaminan keselamatan pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab tanpa rasa takut.

Disamping itu, beliau turut memberi peringatan kepada calon-calon parti untuk memohon permit ceramah daripada Ketua Polis Daerah bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan. Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan, YDH CP Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA, YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Logistik, YDH SAC Dato' Haji Jamshah bin Mustapa, Ketua Polis Terengganu dan YDH SAC Dato' Hamzah bin Md. Jamil, Timbalan Ketua Polis Terengganu.

Comments