Followers

PENGISLAMAN KANAK-KANAK PERLU PERSETUJUAN KEDUA-DUA IBU BAPA : NAZRI

KUALA LUMPUR:  Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pengislaman kanak-kanak di bawah umur hanya boleh dilakukan dengan persetujuan kedua-dua ibu bapa.

Beliau berkata cadangan pindaan Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 tersebut adalah tidak adil kepada bukan Islam di mana hanya memerlukan izin seorang ibu atau bapa sahaja menentukan agama seseorang kanak-kanak.

"Saya berpegang kepada keputusan Kabinet pada 2009 yang tidak membenarkan penukaran agama anak di bawah umur kepada Islam secara satu pihak sahaja," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

"Perlembagaan perlu dibaca secara inklusif, bukan eksklusif terutama melibatkan agama," kataya ketika mengulas cadangan pindaan rang udang-undang tersebut yang dibentangkan untuk bacaaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Pindaan rang undang-undang itu bagi membolehkan hanya salah seorang daripada ibu atau bapa dibenarkan untuk menukar agama anak mereka di bawah umur kepada Islam.

Nazri berkata bahawa ia adalah tanggungjawab beliau sebagai seorang Islam dan seorang pemimpin negara untuk melindungi hak golongan minoriti di negara ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment