Followers

KAWALAN KESELAMATAN DI SEMPADAN KELANTAN-THAILAND DIPERKETATKAN : ZAHID

KUALA LUMPUR:  Kawalan keselamatan di sempadan Kelantan-Thailand akan diperketatkan bagi membendung jenayah termasuk membunuh dengan menggunakan senjata api. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia termasuk mengawal kegiatan penyeludupan senjata api dari Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).

Katanya langkah yang dilakukan itu menjamin pengawalan peningkatan kes jenayah berat selain kes penyeludupan barangan terlarang dari negara jiran.

"Kita akui ada kelonggaran dalam kawalan keluar masuk thailand dan kelantan dalam kalangan penduduk kerana mereka mempunyai pertalian darah dan sebagainya, namun dengan peningkatan mendadak kes di kelantan, maka kita akan melakukan tindakan drastik termasuk menambah aset-aset pencegahan di kawasan sempadan," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa pada sesi soal jawab persidangan dewan rakyat.

Annuar ketika sesi soal jawab sidang dewan rakyat hari ini membangkitkan soalan berhubung tindakan kerajaan mengenai apa yang dilihat sebagai peningkatan jenayah berat di Kelantan termasuk kes bunuh menggunakan senjata api. Beliau merujuk kepada kes tembak mati guru sekolah kebangsaan Beris Panchor, Hashim Mat Zin sebaik keluar dari sekolah.

Zahid turut meminta kerajaan negeri Kelantan bekerjasama dengan kementeriannya dalam membanteras jenayah di negeri itu. Dalam pada itu katanya, kementeriannya telah mewujudkan unit risikan bersepadu sebagai pusat pengumpulan dan risikan jenayah.

Ia bertujuan mengesan dan menangkap penjenayah selain merancang tindakan pencegahan lebih efektif.

Zahid menjawab soalan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz tentang tindakan serta perancangan polis untuk mencegah jenayah. -Astro Awani

No comments:

Post a Comment