ROSNAH TIDAK PERTAHAN JAWATAN KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA

PAPAR:  Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin tidak berhasrat untuk mempertahankan jawatan ketua puteri UMNO dalam pemilihan pucuk pimpinan parti, akhir tahun ini.

Beliau yang menyandang jawatan itu sejak lima tahun lepas berkata beliau juga belum memutuskan untuk bertanding sebarang jawatan peringkat kepimpinan wanita UMNO atau Majlis Tertinggi parti.

"Saya sudah melewati usia untuk berada dalam puteri UMNO dan setakat ini saya sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan ahli pergerakan Puteri seluruh negara," katanya kepada pemberita Sempena Majlis Penutupan Kursus Kontraktor CIDB di sini malam tadi.

Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau akan bertanding dalam pemilihan pimpinan UMNO akan datang.

"Kita melihat kemungkinan jawatan ketua puteri UMNO akan dipertandingkan kerana beberapa calon telah menyatakan kesediaan mereka untuk bertanding bagi jawatan ketua puteri dan juga naib ketua puteri," katanya. -BERNAMA

Comments

Popular Posts