KERAJAAN LANCAR OPERASI BERSEPADU BURU PENDATANG TANPA IZIN

PUTRAJAYA:  Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melancarkan operasi bersepadu secara besar-besaran selepas Hari Raya Aidilfitri ini bagi mengesan dan menahan pendatang tanpa izin di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata operasi melibatkan polis, Jabatan Imigresen dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) itu akan meliputi kawasan perniagaan, perladangan, kilang dan kawasan pembinaan di seluruh negara.

Beliau berkata pihaknya memandang serius terhadap masalah yang seringkali ditimbulkan oleh pendatang tanpa izin antaranya masalah jenayah, dadah dan pelacuran.

"Gerakan memburu pendatang tanpa izin ini adalah untuk membuktikan bahawa kerajaan serius dalam membendung masalah sosial serta menjamin keselamatan negara," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Imigresen di Ibu Pejabat Imigresen di sini malam Isnin.

Ahmad Zahid berkata sepanjang Ramadan ini, seramai 120 pendatang tanpa izin ditangkap atas kesalahan berniaga tanpa permit dan tiada dokumen perjalanan yang sah.

Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad.

Mengenai Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P), Ahmad Zahid berkata ia telah menunjukkan hasil yang positif apabila seramai 1.3 juta orang telah berdaftar sejak dilancarkan pada Julai 2011.

Beliau menjelaskan daripada jumlah itu, seramai 500,000 telah melalui proses pemutihan, 330,000 telah pulang ke negara asal manakala bakinya masih dalam proses pemutihan untuk dihantar pulang.- BERNAMA

Comments

  1. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
    Baca selanjutnya...

    ReplyDelete

Post a Comment